Selasa, 6 Januari 2009
  Utama  |   Korporat   |  Produk   |   Info Kesihatan   |  Pasaran   |  Berita & Kegiatan   |  Peluang Pekerjaan  |    Webmail    |  Hubungi Kami
   
Korporat
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 
 
Latar belakang Korporat

 

Ditubuhkan pada 1993 oleh Dato´ Dr. Lim Siow Jin, DXN merupakan sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat. Syarikat ini bertapak di Malaysia dan amat terkenal dengan perniagaan Ganodermanya. Rangkaian produknya merangkumi siri makanan kesihatan, siri makanan dan minuman, siri penjagaan diri, siri penjagaan rumah dan rawatan sistem air. Pada 30 September 2003, DXN Holdings Bhd. telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur.

DXN telah mendirikan kilang pengeluarannya yang telah menggabungkan teori perubatan Dato' Dr. Lim sendiri dengan teknologi yang serba canggih untuk memproses produk Ganodermanya. Kilang bersepadu DXN Pharmaceutical Sdn. Bhd mempunyai keluasan 28,000 kaki persegi Dengan adanya kilang bersepadu ini, DXN mampu menjalankan pengurusan and pengawalan mutu di bawah pengawasan ketat mulai dari peringkat penanaman kepada pemerosesan dan pemasaran. Di samping itu, DXN Pharmaceutical juga menjamin kapasiti pengeluaran yang tinggi agar mampu memenuhi permintaan para ahli yang kian meningkat.

Pengasas DXN

DXN ditubuhkan oleh Dr. Lim Siow Jin, seorang graduan Institute of Technology, India. Dr. Lim Siow Jin sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap kulat dan hubungkaitnya dengan kesihatan manusia. Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang hubungan tersebut, beliau telah menjelajah jauh untuk mencari Raja Herba Ajaib - Lingzhi. Setelah lebih 20 tahun mengkaji dan menganalisa secara saintifik, Dr. Lim Siow Jin akhirnya berjaya menemui Raja Herba yang dapat memanfaatkan semua manusia.

Menyedari kepentingan dan kebaikan Lingzhi, Dr. Lim Siow Jin mula berkongsi pengetahuan tentang herba ajaib ini bersama-sama dengan rakan-rakannya yang samam-sama mengagumi nilai perubatannya. Walau bagaimanapun, usaha Dr. Lim Siow Jin tidak berhenti di situ sahaja, sebaliknya beliau merasakan perlu untuk menubuhkan sebuah syarikat yang dapat membantu menyebarkan khabar baik ini kepada lebih ramai orang supaya mereka memahami dan mendapat manfaat daripada herba ajaib ini. Pada tahun 1993, impian Dr. Lim Siow Jin menjadi kenyataan apabila DXN ditubuhkan.

 
 
  Hak Cipta © 1995-2008 DXN Marketing Sdn. Bhd.