Indeks
Disusun oleh:
Dr. S. Ranjan, MD,.DM (Kardiologi)
Later Belakang Pendidikan:
MBBS, MD in Perubatan Am, DM (Kardiologi) Kolej Perubatan Madras, Pensyarah Kursus Lepas Kedoktoran bidang Kardiologi selama 17 tahun, Pakar Perubatan Peribadi dan Kardiologi YAB bekas Presiden India.
Ganoderma dan Jantung
Jantung, yang selalunya dianggap sebagai punca kasih sayang dan emosi pada suatu ketika dahulu, sebenarnya merupakan penjana sistem peredaran. Pengecutan berentak pam berotot ini menolak darah dalam saluran darah ke seluruh badan lalu kembali semula ke jantung. Jantung yang berdenyut memastikan setiap sel badan mendapat bekalan makanan, oksigen dan keperluan lain tanpa gangguan. Jantung, dianggap begitu kuat sekali kerana dapat mengepam darah yang berjumlah kira-kira 5 liter (8.8 pain) ke seluruh badan, mengalir mengedari badan sekali dalam setiap minit. Pada puratanya, jantung berdenyut atau mengepam 70 kali dalam seminit apabila badan sedang berehat, namun kadar ini boleh meningkat jikalau badan kita lebih aktif. Sepanjang hayat 70 tahun, jantung berdenyut kira-kira 2.5 bilion kali tanpa berasa penat atau berhenti untuk berehat. Mujurlah adanya otot kardium dan dinding jantung.
Masalah jantung: Jantung yang terselindung di belakang dada selalunya diabaikan sehingga berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Punca umum berlakunya masalah jantung ialah arteri koronari, yang berfungsi untuk membekalkan oksigen kepada otot jantung menjadi kian sempit atau tersumbat. Keadaan ini lebih dikenali sebagai “Penyakit Arteri Koronari”. Simptom utama ialah sakit dada yang dialami semasa menghadapi tekanan atau bersenaman apabila jantung perlu bekerja dengan lebih keras. Kemungkinan menghidapi masalah ini meningkat apabila seseorang itu merokok, mengalami tekanan darah tinggi, mengamalkan pemakanan lemak tinggi, obesiti dan ketidakgiatan.
Reishi atau Ganoderma lucidum merupakan herba yang amat berkhasiat. Ia telah digunakan lebih daripada 5000 tahun untuk tujuan perubatan. Ia mengandungi lebih daripada 20 jenis ramuan aktif yang menjadikannya begitu unik dan memberikan kesan positif kepada kesihatan badan.
Faedah kesihatan Reishi amat luas. Ia boleh dikatakan tanpa toksik dan benar-benar selamat. Reishi pernah digunakan sebagai tonik kardio dan telah mendatangkan banyak faedah kepada jantung.
Kesan terutama Reishi kepada jantung boleh dikaitkan dengan sebatian triterpene di dalamnya. Triterpene membekalkan Reishi dengan kualiti adoptogenik yang melindungi seseorang daripada pelbagai tekanan biologi, alam sekeliling dan masyarakat. Ia mendatangkan kesan pengharmonian ke atas badan. Kesan ini terdapat dalam sistem imun dan juga sistem peredaran badan.
Kesan Antioksidan: Reishi ialah antioksidan yang kuat kerana mampu membasmikan radikal bebas yang amat berbahaya kepada sel-sel badan. Pengambilan Reishi dapat membantu mencegah penyakit jantung, terutamanya serangan penyakit jantung. Ia terbukti sebagai bahan yang berkesan untuk mengurangkan tahap kolesterol.
Kesan Antiplatelet: Reishi mengandungi Adenosine yang merupakan penyekat darah beku. Tindakan ini disebabkan pengaktifan phospholipase. Kesan antiplatelet dapat mencegah pembentukan darah beku dan melazimkan pengaliran darah dalam saluran darah, terutamanya dalam peredaran mikro. Dengan ini, serangan penyakit jantung dapat dielakkan.
Kesekatlakuan Lanostane triterpene ACE dan kesan penyekatan ACE telah dikenal pasti dalam Ganoderma. Asid Ganoderic F menunjukkan kesan yang paling kuat. Ia dapat mengurangkan tekanan darah dan menormalkan tekanan darah. Keadaan ini seterusnya membantu mengurangkan beban jantung dan menguatkan fungsi pengepaman jantung, khususnya jantung yang lemah.
Kesan Vasodilator: Adenosine ialah vasodilator yang sangat kuat. Ia meningkatkan bekalan darah dan oksigen ke pelbagai organ dalam badan. Dengan meningkatkan bekalan oksigen ke jantung, Rishi amat berguna dalam penyakit Arteri Koronori dan juga membantu untuk mengatasi angina (sakit dada).
Keupayaan Reishi untuk menenangkan badan dan mengawal tenaga badan merupakan kunci utama kesannya ke atas tekanan darah, sistem imun, dan akhirnya jangka ketahanan sistem berkenaan.
Saya ingin menegaskan bahawa
SEBIJI EPAL SEHARI MENJAUHKAN KITA DARIPADA DOKTOR!
SEUNCANG RG/GL SEHARI MENJAUHKAN KITA DARIPADA KARDIOLOGIS!!!
Sumber: DXN Life , Vol. 17
|