Indeks
Kereta vs Badan
Rencana ini semata-mata andaian dan tidak melibatkan sebarang adengan pertempuran fizikal di antara kereta dengan badan manusia yang menakutkan, di mana ternyata sekali tubuh badan manusia tidak akan menjangkaui kereta. Sebaliknya rencana ini merujuk kepada perbezaan layanan penjagaan terhadap kedua-dua objek yang kita miliki dan ternyata juga, badan kurang mendapat layanan penjagaan setimpal.
Andaikanlah anda memiliki sebuah kereta seperti yang dibayangkan di atas. Untuk pengetahuan anda, sebuah Lamborghini Diablo GT, berharga lebih kurang $US 180,000. Mungkin anda tidak terasa untuk memilikinya, tetapi katakanlah ada seseorang menghadiahkannya kepada anda. Ya, menghadiahkannya kepada anda! Sama seperti badan kita yang tidak ternilai, malah percuma!
Anda telah memiliki sebuah badan sejak lahir walaupun anda tidak memintanya.
Dalam hati anda, anda sememangnya faham dan setuju bahawa, walau apa sekali pun keadaannya, anda tidak mungkin mampu memiliki sebuah lagi Lamborghini Diablo GT. Ia umpama badan kita yang tidak dapat ditukarganti, kan?
Bahan bakar yang unggul adalah agak mahal berbanding dengan bahan bakar buruk. Tapi anda tidak akan mengisi bahan bakar yang tidak berkualiti ke dalam kenderaan ini, bukan? Anda faham bahawa sesuatu yang bernilai tinggi sperti ini, seharusnya dijaga sebaik mungkin, agar ia dapat berfungsi dengan lancar sebagaimana yang mungkin. Ini sepatutnya sama seperti badan anda.... Oh...sebentar, mungkin tidak. Bahan bakar jenis apakah yang anda isikan ke dalam badan anda? Adakah ia mengandungi terlalu banyak gula, lemak trans, asid dan kekurangan dari segi sayur-sayuran, alkali dan enzim?
Walau bagaimanapun, pasti anda tidak akan membawa kereta anda yang lawa ini ke tempat seperti laut, kawasan berpasir, mahupun kawasan berlukar yang akan mengancam kebolehfungsian kereta anda. Sistem komponen dan bahagian luaran kereta anda adalah terlalu sensitif dalam menghadapi ancaman yang tidak sepatutnya. Sama juga seperti mana anda jaga badan anda. Ahh, ...sekali lagi, mungkin tidak, Sudah tentu anda berhasrat untuk berhenti merokok, mengurangkan pengambilan minuman beralkohol secepat mungkin.... dan anda juga cuba untuk memperolehi masa tidur dan rehat yang mencukupi, serta cuba mengelakkan diri daripada terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan. Pasti anda akan berbuat demikian kerana anda tahu bahawa badan anda tidak mampu menanggung ancaman luaran initerlalu lama.
Dalam pada itu, pihak pengilang mengesyorkan anda supaya membelanjakan wang ke atas kereta ini untuk memastikan ia sentiasa dalam imbangan yang betul dengan penukaran minyak, air dan pelicir secara teratur. Pada masa yang sama, mereka juga akan mengingatkan anda bahawa jikalau anda tidak berbuat demikian, ianya akan terkandas terutama pada ketika anda benar-benar memerlukannya. Kereta anda mempunyai jangka hayat yang lebih pendek daripada yang sepatutnya dan anda pasti akan merasa susah hati degan situasi sebegini.
Walaupun kereta anda tidak mahal, anda masih perlu berbelanja untuk penyelenggaraan, menggunakan bahan bakar yang berkualiti, dan memandu dengan cermat agar ia dapat bertahan lama. Tetapi, berapa ramai daripada kita, yang menjaga badan sebagaimana kita menjaga kereta, dan fikir tentang masa depannya? Ingat, dalam kedua-dua kes ini, kos penyelenggaraan adalah jauh lebih rendah berbanding dengan kos pemulihan.
Cuba fikirkan, jika anda tidak menghargai badan anda, di manakah lagi anda dapat hidup tanpa badan? Source: Australia newsletter, Issue 3 (August 2006) |