Indeks
Strok
Strok. Apakah ia? Aliran darah terhalang atau serangan pada otak. Secara lazimnya, strok dikategorikan kepada 2 jenis iaitu; -
- Iskemia (disebabkan oleh halangan/sekatan pada arteri)
- Pendarahan (disebabkan oleh kekoyakan pada dinding arteri dan seterusnya menyebabkan pendarahan dalam otak)
Penyekatan aliran darah ke otak merupakan penyebab utama strok. Ia amat merbahaya dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak atau kematian. Otak kita menerima lebih kurang 25% daripada oksigen yang beredar di dalam tubuh tetapi ia tidak dapat menyimpannya. Sel-sel otak memerlukan bekalan oksigen yang konsisten pada setiap masa untuk kekal sihat dan berfungsi sepenuhnya. Oleh itu, dalam beberapa minit sahaja setelah mengalami strok, bekalan oksigen ke bahagian otak akan terputus dan mengakibatkan kematian sel-sel otak. Ini kemudiannya menyebabkan beberapa bahagian otak tidak dapat mengawal aktiviti sebahagian tubuh dan seterusnya mengakibatkan ketidakupayaan sementara atau kekal atau kelumpuhan.
Komplikasi-komplikasi berikut boleh terjadi dan mungkin memerlukan penjagaan berpanjangan:
- Tidak dapat menahan kencing dan jangkitan pada sistem kencing
- Kekejangan
- Otot terkulai , selalunya pada bahagian yang diserang strok
- Pengurangan bekalan udara ke otak boleh menyebabkan kekeliruan dan gangguan pertuturan.
What are the symptoms of a stroke ???
Mereka yang berisiko diserang strok atau pasangan mereka ini harus sentiasa berwaspada terhadap gejala-gejala am berikut. Mangsa harus segera dihantar ke hospital apabila gejala-gejala amaran ini dilihat. Antaranya ialah; -
- Sakit di bahagian belakang kepala
- Pening
- Mual dan muntah
- Tidak dapat bertutur dengan jelas
- Lemah pada tangan dan kaki
- Rasa berdenyut-denyut atau kebas pada mulut, pipi atau gusi
Apakah risiko-risiko serangan strok???
- MEROKOK - Perokok berisiko lebih tinggi untuk diserang strok berbanding dengan bukan perokok.
- PENYAKIT JANTUNG - Sakit jantung dan strok berkait rapat antara satu sama lain atas pelbagai sebab dan selalunya mempunyai persamaan dalam jenis-jenis risikonya.
- TEKANAN - Faktor mental dan emosi (tekanan dan kemurungan) juga telah dikaitkan berisiko lebih tinggi untuk diserang strok.
- UMUR - Mereka yang sudah berumur berisiko lebih tinggi untuk diserang strok terutamanya orang dewasa yang menghidap penyakit darah tinggi, masalah kegemukan, merokok atau mempunyai penyakit kencing manis.
- APNEA - Boleh menyebabkan pengecilan arteri karotid dan seterusnya meningkatkan risiko untuk diserang strok.
- ATEROSKLEROSIS - Pengerasan arteri.
Sumber: DXN Life , Vol. 11
|