|
|
| |
Galeri Media
|
|
Indeks
|
| Terma dan Syarat-syarat Penerbitan Buletin Bebas oleh Ahli-ahli DXN
(Mulai 1 Jun 2007)
|
|
-
Semua ahli DXN tidak dibenarkan menerbit sebanrang buletin bebas yang berkaitan dengan DXN tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas daripada pihak DXN sendiri.
-
Pihak DXN hanya mengakui buletin rasmi yang diterbit oleh Ibu Pejabat DXN serta cawangan-cawangannya di dalam dan luar negera.
-
Penerbitan buletin bebas oleh ahli-ahli DXN ini hendaklah dianggap sebagai suatu keistimewaan dan tidak boleh dianggap sebagai hak yang diberikan kepada ahli-ahli DXN. Pihak DXN menyimpan hak mutlaknya untuk membatalkan, mengakhiri dan tidak membenarkan pernerbitan mana-mana buletin bebas ahli-ahli DXN pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang makluman terdahulu.
-
Sekiranya terdapat ahli DXN yang ingin menerbitkan buletinnya sendiri atau apa-apa berita yang berkaitan dengan pihak DXN, ahli-ahli berkenaan perlu menghantar satu salinan draf kandungan buletin tersebut kepada pihak pengurusan DXN untuk diluluskan. Penerbitan hanya boleh diteruskan sekiranya suatu kebenaran bertulis telah diperolehi daripada pihak DXN. Versi terakhir dan bercetak bagi buletin bebas tersebut mestilah sama dengan versi yang diluluskan. Satu salinan versi terakhir dan bercetak mestilah dihantar kepada Bahagian Pernerbitan DXN tidak lewat dari 1 minggu daripada tarikh penerbitan buletin tersebut.
-
Dalam keadaan di mana terdapat berita-berita yang tidak benar atau tidak disahkan oleh pihak DXN dalam buletin bebas yang diterbit oleh ahli-ahli sendiri, atau dalam keadaan di mana pihak DXN mempunyai alasan yang kukuh untuk mengesyaki bahawa informasi yang diterbitkan tersebut adalah tidak benar, kurang tepat atau tidak selaras dengan terma dan syarat-syarat yang terkandung, maka pihak DXN berhak untuk mengambil langkah-langkah yang patut termasuk tetapi tidak terhad kepada penggantungan atau pembatalan keahlian pengedar tersebut.
-
Ahli DXN yang terlibat mestilah membekalkan pihak DXN dengan informasi dan butiran lanjut yang diwajibkan dan diperlukan pada bila-bila masa dan dari masa ke masa.
-
Pihak DXN menyimpan hak mutlaknya untuk menarikbalik, membatalkan atau tidak mengakui kebenaran bertulis yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa sebarang makluman terdahlulu dan tanpa sebarang alasan. Dalam keadaan ini, buletin tersebut perlulah ditarikbalik dan dihentikan penerbitannya oleh ahli tersebut atas tanggungan kos dan perbelanjaannya sendiri.
-
Setiap isu bultetin bebas perlu dihantar kepada pihak DXN untuk diteliti dan diluluskan sebelum buletin tersebut diterbitkan.
-
Pihak DXN menyimpan haknya untuk memperbaiki dan mengubah mana-mana bahagian buletin bebas tersebut tetapi tidak terhad kepada pernerbitan yang lepas. Walau bagaimanapun, sebarang informasi dalam buletin-buletin tersebut tidak semestinya mencerminkan polisi, prosidur, standard atau tatacara DXN.
-
Sebarang kelulusan yang telah diberikan kepada ahli-ahlinya untuk menerbitkan buletin bebas ada tempoh sahnya dan tempoh tersebut mungkin berbeza bagi setiap ahli. Jika tiada tempoh sah yang tertera dalam surat kelulusan, maka dengan sendirinya tempoh sah tersebut ialah tidak lebih daripada 12 bulan dari tarikh surat kelulusan tersebut. Sekiranya seseorang ahli DXN ingin melanjutkan atau memperbaharui tempoh sah tersebut, ahli berkenaan perlu memohon secara bertulis kepada pihak DXN tidak kurang daripada 3 minggu sebelum tarikh tempoh sah tersebut berakhir. Permohonan untuk memperbaharui tempoh sah ini bergantung kepada pihak DXN. Pihak DXN akan menyimpan hak mutlaknya dan pilihan sama ada untuk membatalkan kelulusan yang telah diberikan sebelum tarikh berakhirnya tempoh sah tersebut. Pada tarikh akhir atau dijangka berakhir atau pembatalan awal surat kelulusan tersebut, ahli DXN berkenaan perlu bersetuju untuk menanggung segala kos yang terhasil dari penarikan keluar atau penamatan buletin bebasnya.
-
Sesiapa ahli DXN yang terlibat dalam penerbitan buletin bebas perlu bersetuju dengan syarat-syarat berikut:
- keputusan oleh pihak DXN adalah muktamad, dan pihak DXN tidak akan bertanggungjawab untuk melayan sebarang pertanyaan, rayuan atau surat menyurat.
- ahli-ahli sendiri akan dipertanggungjawabkan dan menanggung segala kos yang terhasil atas penerbitan buletin bebas, dan pihak DXN tidak akan terlibat atau bertanggungjawab ke atas penerbitan tersebut.
- Pihak DXN tidak akan menanggung apa-apa kos yang terhasil dalam penerbitan buletin tersebut
- semua ahli berkenaan perlu mematuhi Terma dan Syarat-syarat Penerbitan Buletin Bebas oleh Ahli-ahli DXN, termasuklah pengubahsuaian yang dilakukan kelak serta kesemua arahan yang dikeluarkan oleh pihak DXN dari masa ke masa.
-
Logo-logo DXN, tandaniaga, tanda khidmat, nama-nama produk, dan lain-lain aset perniagaan sama ada mudah alih atau tidak mudah alih, yang berdaftar atau sebaliknya, pita-pita video, peralatan menulis, bahan-bahan cetakan yang dibekalkan dan berkaitan dengan pihak DXN, kesemuanya adalah harta milik DXN. Dengan ini, ianya tidak boleh digunakan, dikeluarkan atau diterbitkan semula oleh sesiapa ahli tanpa kebenaran secara bertulis daripada pihak DXN.
-
Pihak DXN menyimpan hak mutlaknya pada setiap masa untuk mengubah, menambah, menghapus atau menyunting Terma dan Syarat-syarat Penerbitan Buletin Bebas oleh Ahli-ahli DXN, tanpa memberi notis terlebih terdahulu.dan ianya akan menjadi sah serta merta dan semua ahli DXN akan terikat untuk mematuhinya.
-
Tidak kira apa pun kelulusan yang diperolehi oleh pihak DXN, penerbitan buletin bebas oleh ahli-ahli DXN mestilah mematuhi yang berikut,
-
Undang-undang dan peraturan-peraturan
Semua undang-undang di negara masing-masing mestilah dipatuhi, termasuk akta-akta yang berkaitan (termasuk tetapi tidak terhad kepada akta-akta yang berkaitan dengan penerbitan, percetakan, kawalan dadah, dsb). Ahli-ahli yang berkenaan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa buletin-buletin mereka selaras dengan kehendak undang-undang tempatan.
- Respons pasaran
Respons pasaran hendaklah diambil kira. Walaupun begitu, pasaran bukanlah pihak yang boleh meluluskan mana-mana isi kandungan penerbitan tersebut. Jikalau terdapat kontradisi antara respons pasaran dengan kehendak pihak DXN, maka keutamaan harus diberikan kepada DXN.
-
Terma dan Syarat-syarat Penerbitan Buletin Bebas oleh Ahli-ahli DXN ini disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan / atau bahasa-bahasa lain. Sekiranya terdapat kesangsian di antara versi-versi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan / atau bahasa-bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan utama.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan DXN
|
|
|
|