Jumaat, 18 Mei 2012
  Utama  |   Korporat   |  Produk   |   Info Kesihatan   |  Pasaran   |  Berita & Kegiatan   |  Peluang Pekerjaan  |    Webmail    |  Hubungi Kami
   
Pasaran
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 
 
Kisah Jutawan

Indeks
Senarai Pencapai Paling Cemerlang
Senarai Pencapai Cemerlang
Kisah Kejayaan

<<Kembali

Berlian Mahkota
Chen Kow Yeon & Lee Moy Moy
Penang, Malaysia

Setiap kali menghadiri kursus latihan dahulu, saya pasti akan menyorak "JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN!" dengan penuh perasaan dan semangat yang berkobar-kobar. Crown Diamond, pengiktirafan yang tertinggi di dalam perniagaan DXN, sesuatu yang sentiasa mendorong saya untuk terus berjuang dan sesuatu yang saya nanti-nantikan.

Pada bulan Mei 2004, saat gemilang dan kejayaan terbesar dalam hidup saya, saya telah berjaya berada di PUNCAK dan Crown Diamond menjadi milik saya.

Sebelum menyertai DXN, saya memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat akhbar bahasa cina dan bekerja keras siang malam selama 18 tahun. Namun begitu, masalah kewangan masih timbul, kesihatan saya pula semakin terjejas. Semenjak kecil lagi, impian saya adalah untuk menjadi seorang boss. Saya sedar bahawa saya tidak akan menikmati kekayaan hanya setakat makan gaji sahaja. Maka, saya merebut peluang yang wujud dengan menyertai perniagaan DXN.

Saya mengambil produk DXN mulai Jun 1996 dan kemudian menjadi ahli pada November tahun yang sama. Seterusnya, saya menyertai perniagaan DXN pada Januari 1997. Setelah saya mengkaji latar-belakang syarikat, produk dan asal-usul produk serta rancangan pemasarannya, saya menjadi begitu yakin bahawa DXN adalah lain daripada yang lain dan ia pasti dapat membantu saya memakbulkan impian saya. Dengan sikap positif dan penglibatan yang aktif, saya berusaha untuk maju ke depan. Dalam masa kurang daripada 3 tahun, saya menjadi bos kepada perniagaan saya sendiri dan memandu sebuah kereta mewah.

Perniagaan DXN membolehkan saya menikmati kesihatan dan mempunyai pendapatan yang stabil, keluarga yang gembira, peluang untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan memberi kepuasan kepada saya. Seperti perniagaan lain, anda tidak boleh berharap yang perniagaan DXN akan sentiasa berjalan lancar. Saya juga menghadapi banyak rintangan, kekalahan, rasa putus asa dan sabotaj, sama seperti yang dihadapi oleh pengedar yang lain. Saya percaya bahawa kesemua ini adalah perkara biasa kerana tiada benda di dunia yang digelar "percuma". Hanya mereka yang tabah, bekerja keras, sentiasa memberi tumpuan dan tidak takut kepada kesusahan akan berjaya dan kekal berjaya. Untuk menjadi seseorang yang matang dan berjaya dalam kehidupan, tiada cara lain selain daripada berlatih, berlatih dan berlatih.

Selama beberapa tahun dalam perniagaan ini, saya sedar bahawa semakin lama anda berada dalam perniagaan DXN, semakin anda terasa masa hadapan anda terjamin. Tiada apa yang harus dirisaukan. Perniagaan DXN membenarkan semua orang mencapai impian mereka dan menjamin kehidupan yang baik. Faktor yang utama ialah kesanggupan anda untuk mengubah sikap diri anda supaya selalu berfikiran positif dan berani menghadapi segala rintangan dan cabaran.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada CEO DXN Holding Bhd, Dr. Lim Siow Jin, dan Pengarah Urusan, Mr. Lim Boon Yee, JP, PJK, kerana memberi segala perhatian dan bantuan kepada saya selama ini sehingga saya mencapai segala kejayaan hidup ini.



 
 
  Hak Cipta © 1995-2009 DXN Marketing Sdn. Bhd.