Ketekunan membawakan kami kejayaan dan masa depan yang
lebih jauh cemerlang. Bagi kami, "Kekalahan adalah
langkah pertama ke arah kejayaan yang lebih cemerlang."
Bila kami mula menceburi diri dalam perniagaan DXN sejak
awal 2000, ramai rakan kami tidak berniat untuk mengikut.
Alasan mereka, syarikat tempatan tidak dapat tahan lama.
Kami berusaha tanpa berputus asa sehingga kami memperolehi
kedudukan Star Diamond pada bulan Julai 2002, Senior Star
Diamond pada bulan Oktober 2002, Double Diamond pada bulan
Disember 2002, Triple Diamond pada bulan Mac 2003, Gold
Diamond pada bulan Ogos 2003 dan akhirnya telah berjaya
mencapai Crown Diamond pada bulan November 2003.
Dalam tempoh masa 43 bulan sahaja kami telah mencapai kedudukan
tertinggi Crown Diamond. Bagi kami, tenaga dan semangat
berkobar-kobar untuk berkhidmat kepada pengedar dan kesanggupan
mereka untuk berkorban telah membawa kami ke tangga kejayaan.
Sungguhpun gembira, kami tidak rasa berpuas hati begitu
sahaja. Impian utama kami sekarang ialah membantu lebih
ramai lagi pengedar menjadi Star Diamond dan menuju ke tahap
Crown Diamond.
Kini, kami dapat menikmati gaya hidup yang mewah. Selain
daripada menerima cek bonus di Malaysia, kami turut memperolehi
cek bonus daripada India, Philippines, Indonesia, Brunei,
Singapura dan Amerika Syarikat. Kami juga mendapat pengongsian
keuntungan dari 17 buah negara setiap bulan. Inilah kelebihan
Pelan Perniagaan DXN. Produk-produk seperti RG dan GL memang
produk yang sungguh istimewa. Kepuasan kami sebagai ahli
DXN berpuncakan kemampuan kami untuk membantu seseorang
memperbaiki kesihatan mereka masing-masing di samping memperolehi
pendapatan lumayan.
Jangan berputus asa begitu sahaja. Seseorang pengedar tentu
akan berjaya dalam perniagaan DXN jika beliau cukup tabah.
Izinkan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.
Lim Siow Jin dan isteri beliau di atas kesudian mereka memberikan
kami peluang keemasan yang terdapat di DXN.
Kami juga berterima kasih kepada semua Diamond dan juga
semua pengedar di bawah rangkaian kami, Pengurus-pengurus
& Kakitangan DXN yang telah memberi sokongan penuh kepada
kami.
Akhir sekali, kami ingin berkongsi petikan berikut yang
berbunyi, "Kalau nak goyang kaki mesti jadi orang kaya,
tetapi nak jadi orang kaya jangan goyang kaki sekarang."