Jumaat, 18 Mei 2012
  Utama  |   Korporat   |  Produk   |   Info Kesihatan   |  Pasaran   |  Berita & Kegiatan   |  Peluang Pekerjaan  |    Webmail    |  Hubungi Kami
   
Pasaran
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 
 
Kisah Jutawan

Indeks
Senarai Pencapai Paling Cemerlang
Senarai Pencapai Cemerlang
Kisah Kejayaan

<<Kembali

Berlian Mahkota
Muhamad Husin Bin Taib & Sanaayah Bt Asmuni
Selangor, Malaysia

Sebelum menyertai DXN, saya telah bekerja di sebuah bank selama 15 tahun sebagai seorang pegawai tanpa sebarang impian dan matlamat hidup. Setelah menceburi perniagaan DXN, kerjaya ini telah mengubah kehidupan saya dan membuka jalan ke arah mencapai matlamat saya sebagai seorang usahawan yang berjaya. Perniagaan DXN bukan sekadar membawa kesihatan kepada keluarga saya, malah ia turut memberikan kehidupan yang mewah dan sempurna kepada kami. Dengan adanya insentif rombongan menunaikan Fardhu Haji yang bernilai RM 7000 sebagai dorongan. ,saya berani untuk mengejar impian hidup saya.

Saya pernah berhadapan dengan pelbagai sindiran dan ejekan pada awal perniagaan DXN. Namun begitu, saya serda bahawa kejayaan tidak akan tercapai dalam sekelip mata dan tanpa cabaran. Saya juga yakin bahawa dengan adanya komitmen dan berpegang teguh kepada matlamat serta mempunyai impian hidup, semua ini pasti bukan penghalang bagi saya untuk berjaya.

Oleh yang demikian, saya dan rakan-rakan sepejuangan saya berusaha gigih dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti 'Home Party', mesyuarat mingguan, dan latihan menjual tanpa berasa jemu. Akhirnya saya berjaya mencapai status Star Diamond dalam masa 14 bulan. Kini, saya berasa sungguh bangga dengan kejayaan yang dikecapi dan pengiktirafan saya sebagai seorang 'Crown Diamond'. Apa yang saya lakukan telah membantu diri saya berada di puncak 'Crown Diamond'dan saya juga ingin melihat usahawan DXN lain mencapai kejayaan serta turut berada di puncak gemilang ini.

Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada talian atasan yang memperkenalkan perniagaan yang hebat ini kepada saya. Di sini, saya juga ingin berterima kasih kepada isteri dan anak-anak saya serta semua rakan usahawan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan semasa saya menghadapi cabaran dan rintangan untuk terus maju ke hadapan.

Terus bersama DXN, sekali DXN selama-lamanya DXN.

 



 
 
  Hak Cipta © 1995-2009 DXN Marketing Sdn. Bhd.