Jumaat, 18 Mei 2012
  Utama  |   Korporat   |  Produk   |   Info Kesihatan   |  Pasaran   |  Berita & Kegiatan   |  Peluang Pekerjaan  |    Webmail    |  Hubungi Kami
   
Pasaran
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 
 
Kisah Jutawan

Indeks
Senarai Pencapai Paling Cemerlang
Senarai Pencapai Cemerlang
Kisah Kejayaan

<<Kembali

Berlian Mahkota
Muniandy A/L Govindasamy
Perak, Malaysia

Fikir + Percaya + Tindakan = KEJAYAAN
Saya Ingin + Saya Boleh + Saya Lakukannya = KEJAYAAN


Komitmen dan penglibatan merupakan dua perkataan yang amat penting dan sentiasa menjadi dorongan kepada saya.

Setelah mengambil produk DXN, iaitu RG, GL dan Morinzhi di samping perubatan selama empat bulan, saya telah pulih sepenuhnya daripada komplikasi diabetes. Saya juga menjadi bertenaga dan bersemangat semula. Saya berkongsi tentang keunikan produk-produk DXN yang telah memberi kesan positif terhadap kesihatan saya bersama ahli keluarga, saudara-mara, serta rakan-rakan. Inilah langkah permulaan bagi saya menjalankan perniagaan DXN. Amat memeranjatkan kerana bonus yang semakin meningkat menjadi bukti setelah beberapa bulan berusaha tanpa henti.

Pengetahuan dan pengalaman sangat diperlukan untuk maju dalam DXN dan mencapai impian saya. Oleh itu, saya bertekad untuk belajar lebih lagi daripada talian atasan saya iaitu SCD Encik Lee Gee Kow dan Puan Sim Poh Meng. Dengan dedikasi dan tunjuk ajar mereka, saya menjadi lebih komited untuk belajar dan melakukan lebih lagi. Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang profil syarikat, pengetahuan produk, pelan pemasaran dan sistem. Saya amat yakin bahawa saya akan capai apa yang saya inginkan.

Pada dasarnya, pemasaran berbilang tingkat (MLM) bermaksud menjual, menaja, menyediakan perkhidmatan dan perjumpaan demi mencapai matlamat seseorang. Saya melibatkan diri dalam semua perjumpaan, latihan, seminar, ´rally´, lawatan ladang dan konvensyen yang telah dianjurkan oleh DXN. Sebagai pemimpin, saya berkongsi dengan talian bawahan melalui perjumpaan di rumah dan pusat stokis. Saya mempunyai keinginan yang kuat dan sikap yang positif untuk mencapai matlamat saya.

MLM adalah duplikasi. Saya sentiasa mengekalkan semangat yang tinggi dan motivasi yang kukuh. Saya ingin menjadi teladan kepada talian bawahan supaya saya menyampai serta melakukan perkara-perkara yang positif sahaja. Saya turut meluangkan masa peribadi saya untuk duduk dan berbincang dengan ahli kumpulan yang benar-benar berminat untuk meningkatkan kesihatan dan kekayaan mereka. Saya akan memperoleh kerjasama lantas mendorong mereka supaya melibatkan diri dalam sistem ini dan saya berusaha bersama-sama mereka.

MLM merupakan kerjasama berkumpulan. Kami berkongsi buah fikiran dan berusaha bersama-sama. Saya mengadakan perjumpaan pemimpin dan kumpulan untuk mengemaskini informasi dan pengetahuan am berkaitan DXN. Halangan dan kejatuhan tidak dapat dielakkan. Namun, jangan sesekali berputus asa. Sebaliknya, sentiasalah berpegang teguh dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita. Masalah mendorong anda berfikir dan mempertingkatkan kemahiran anda. Ingat, kita menyelesaikan masalah, bukannya pencetus masalah. Orang yang positif nampak peluang di sebalik setiap masalah.

Fikir + Percaya + Tindakan = KEJAYAAN
Saya Ingin + Saya Boleh + Saya Lakukannya = KEJAYAAN

Hari ini saya menikmati hidup yang sihat, rumah yang lebih baik, kereta baru dan berupaya memberi pendidikan yang lebih bagus kepada anak-anak. Segalanya adalah mustahil tanpa DXN. Siapa sangka lelaki yang dahulunya sakit dan tiada harapan yang cerah akan menjadi seorang yang sihat dan penuh harapan serta impian.

Saya bersyukur kepada Tuhan serta mengucapkan terima kasih kepada CEO DXN Dato´ Dr. Lim Siow Jin, semua kakitangan DXN Marketing, produk-produk DXN yang berkesan, pelan pemasaran yang ringkas, EDC, talian atasan saya SCD Encik Lee Gee Kow dan Puan Sim Poh Meng atas kerja keras, dedikasi dan tunjuk ajar mereka, penaja saya ESD Encik Yahaya B. Su serta sokongan dan kerjasama yang berterusan daripada ahli-ahli GSM DXN NETWORK demi mencapai matlamat saya. Walaupun saya telah mencapai matlamat peribadi saya, saya masih di pertengahan jalan untuk mencapai Crown Diamond di DXN. Saya harus berusaha bersungguh-sungguh dan membimbing ahli kumpulan saya untuk mencapai kejayaan mereka.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada isteri saya Crown Diamond Susila Narayanan dan empat orang anak yang telah memberi sokongan moral, pengorbanan, masa dan usaha mereka yang telah menyumbang kepada kejayaan saya dalam DXN.

Jumpa anda di puncak kejayaan. Terima kasih.



 
 
  Hak Cipta © 1995-2009 DXN Marketing Sdn. Bhd.