Semua manusia yang biasa ada impian dalam hidup. Saya juga tidak terkecuali. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga serba kekurangan. Melihat rakan sekolah dihantar dengan kereta dan motorsikal dengan pakaian baru berserta wang saku, terasa diri ini terlalu kerdil. Dari situ, saya mula berangan-angan satu masa saya ingin menjadi kaya, memiliki rumah besar, kereta mewah dan keluarga yang bahagia.
Tapi akhirnya dengan gaji saya sebagai seorang guru dan isteri tidak bekerja seperti kebanyakan orang lain, saya hampir menguburkan segala impian, kerana bijak pandai selalu berpesan 'ukur baju dibadan sendiri' berbelanja biar mengikut kemampuan.
Syukur kepada Tuhan yang membuka hati saya untuk mencuba perniagaan DXN dan ucapan terima kasih kepada penaja saya, Arwah Cikgu Ramlan bin Hashim, dan semua pemimpin DXN yang telah memberi peluang dan bimbingan dan sudah tentu penghargaan buat talian bawahan saya semoga terus maju bersama. Tidak ketinggalan kepada Dato’ Dr. Lim Siow Jin yang menghasilkan produk hebat dan syarikat yang begitu kukuh. Dalam tempoh dua tahun saya telah mencapai pendapatan yang lumayan dan Alhamdulilah saya mampu memiliki kereta idaman dan rumah impian dihiasi taman “mini” dan kolam ikan berserta air terjun yang mendamaikan jiwa. Selepas sepuluh tahun, saya mampu hidup bahagia bersama isteri tercinta yang semakin cantik dan lapan orang anak.
Disini ingin saya berkongsi rahsia kejayaan saya yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama. Selalu bertanya pada diri sendiri: “Apa akan terjadi pada diriku esok hari kiranya aku terus begini.”
Mulakan bertindak:-
- Mengamalkan semua produk DXN dan menjalankan aktiviti 4M.
- Kita mesti sentiasa mampu merangsangkan minda membina keinginan yang meluap-luap untuk mencapai impian dalam hidup.
- Kita mesti sentiasa mampu membina keyakinanan diri bahawa kita boleh mencapai impian. Untuk ini tiada cara lain melainkan kita mesti terus belajar dengan menghadiri perjumpaan DXN tanpa rasa jemu dan mengamalkan ilmu yang diperolehi.
- Kita mesti sentiasa mampu merangsangkan, memujuk atau memaksa diri untuk meneruskan segala usaha hingga impian menjadi kenyataan.
Dan sudah tentu kita perlu menduplikasikan segala ilmu dengan bersungguh-sungguh secara berterusan. Jangan lupa untuk sentiasa berdoa dan bertawakal agar kita tidak mudah putus asa dalam menghadapi apa juga rintangan. Teruskan perjuangan! Jumpa anda dipuncak kejayaan!