|
|
|
 |
Cawangan-cawangan |
 |
Stokis-stokis |
 |
Ahli-ahli lain |
|
|
|
- Semua pemohon mesti mengisi Borang Keahlian.
- Borang keahlian ini boleh diperolehi dari cawangan-cawangan, para stokis dan ahli.
-
Para pemohon dihendaki membaca dan memahami Undang-undang dan Peraturan Etika Para Pengedar DXN dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang dan peraturan tersebut sebelum menandatangani borang permohonan.
- Semua butiran yang disertai mestilah lengkap and benar.
-
Borang-borang yang telah diisi boleh dihantar kepada stokis, cawangan atau ibu pejabat di mana bil tunai dan kad sementara (berwarna putih) akan dikeluarkan segera.
- Kad sementara ini sah sehingga kad rasmi (berwarna kuning) dikeluarkan.
-
Semua permohonan untuk keahlian seumur hidup mesti diluluskan oleh pihak syarikat sebelum kad rasmi dikeluarkan.
|
|
|
| Permohonan boleh dihantar mengikut kategori di bawah: |
| i |
Suami dan isteri, atau sebaliknya diwajibkan untuk memohon sebagai pengedar bersama
dengan menggunakan nombor kod pengedar yang sama. Jika pihak syarikat mendapati nama suami atau isteri mendaftar diri sebagai pengedar syarikat DXN di mana pasangannya telah terlebih dahulu menjadi pengedar syarikat, maka pendaftaran keahlian yang kemudian tersebut akan dibatalkan atau seluruh kumpulannya akan dipindahkan kepada pasangannya
|
| ii |
Mana-mana perbadanan tidak akan diterima sebagai pengedar syarikat. Walau bagaimanapun,
sekiranya pengedar ingin menukar keahliannya kepada syarikat persendirian dan perkongsian, kebenaran bertulis daripada syarikat DXN perlu diperolehi terlebih dahulu. Sekiranya syarikat DXN telah meluluskan permohonan keahlian kepada sebuah perbadanan atau syarikat persendirian atau perkongsian, sebarang perubahan struktur pemegang saham sebuah perbadanan atau syarikat persendirian atau perkongsian mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada syarikat DXN. |
|
| |
| Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM55.00 ( Semenanjung Malaysia ) atau RM58.00 ( Sabah & Sarawak ). Pengedar baru akan mendapat satu set Kit Perniagaan DXN ( Starter Kit ) dan sebotol RG 30 percuma. Dengan wang tambahan sebanyak RM17, pengedar baru akan mendapat sebotol GL 30 dengan 12.5PV ( Semenanjung Malaysia ) atau RM17.80 dengan 13PV ( Sabah & Sarawak ). |
|
|
| Kit Perniagaan DXN, bahan cetakan perniagaan atau lain-lain peralatan bantu jualan dijual pada harga kos: tidak termasuk kos perkhidmatan atau francis. Harga ini dikenakan bagi menampung kos yang terhasil dari pencetakan dan pengedaran bahan dan peralatan pemasaran ini. Tiada komisyen akan dibayar terhadap pembelian kit perniagaan, bahan cetakan perniagaan atau peralatan bantu jualan. Para pengedar boleh membeli kit-kit tambahan untuk dijual kepada para rekruitnya. Walau bagaimanapun, Kit Perniagaan DXN tidak boleh dijual semula dengan tujuan mendapatkan keuntungan. |
|
|
| Hanya pemohon yang berumur 18 tahun ke atas akan dipertimbangkan keahliannya. |
|
|