Jumaat, 18 Mei 2012
  Utama  |   Korporat   |  Produk   |   Info Kesihatan   |  Pasaran   |  Berita & Kegiatan   |  Peluang Pekerjaan  |    Webmail    |  Hubungi Kami
   
Pasaran
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 
 
Kisah Jutawan

Indeks
Senarai Pencapai Paling Cemerlang
Senarai Pencapai Cemerlang
Kisah Kejayaan

<<Kembali

Berlian Mahkota
Tajudin Awang & Fadzilah Zakaria
Negeri Sembilan, Malaysia

Saya berasal dari kampung dan keluarga saya petani dan pekebun getah. Selepas tamat SPM, saya mula berniaga kecil-kecilan, iaitu menjual buah-buahan, gula-gula dan surat khabar. Selepas itu, saya memohon pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan tetapi hanya mendapat gaji yang rendah iaitu sebanyak RM180. Oleh itu, saya terpaksa membuat perniagaan sampingan seperti menjual kain baju dan pinggan mangkuk secara hutang. Di samping itu, saya juga pernah mengutip botol, guni, kotak kertas dan sebagainya untuk mendapat pendapatan yang lebih.

Saya pernah diperkenalkan jualan langsung dan berusaha bersungguh-sungguh. Selama 1 tahun, saya mendapat bonus sebanyak RM4000 sebulan. Pada masa tersebut, saya membeli rumah, kereta secara pinjaman bank. Tetapi tidak disangka, perniagaan telah jatuh dan rumah kena lelong, tanah tergadai dan kereta pun ditarik balik oleh bank.

Demi menyara hidup keluarga dan 3 orang anak yang masih bersekolah, saya mengambil upah untuk menjual sayur, dan pernah bekerja sebagai tukang kebun. Ketika itu, saudara-mara memandang rendah dan mengatakan kami menghabiskan harta orang tua.

Dari segi kesihatan, saya menghadapi masalah sakit gout selama 14 tahun, kencing manis dan resdung dan perlu dirawat di hospital, menjalani rawatan akupunktur dan urutan tradisional tetapi tidak sembuh. Pada tahun 1996, kawan saya mengesyor dan memperkenalkan Reishi Gano (RG) and Ganocelium (GL) kepada saya kerana produk tersebut baik untuk penyakit gout. Dia juga memujuk saya menjadi ahli kerana dapat membeli produk dengan harga yang lebih murah dan boleh memulakan perniagaan sendiri.

Saya memulakan perniagaan DXN secara separuh masa, belajar dari pengalaman pemimpin-pemimpin yang berjaya dari talian atasan ataupun rangkaian lain. Selain itu, saya menyertai kursus yang ditawarkan. Hasil daripada kursus-kursus serta perkongsian pendapat dengan pemimpin-pemimpin yang berjaya, status saya telah menjadi Star Pearl pada tahun 1998. Seterusnya, dengan usaha berterusan saya, saya telah mencapai status Gold Diamond pada tahun 2002, dan Crown Diamond pada tahun 2005.

Proses kejayaan saya adalah: ´usaha sendiri dan selebihnya bantuan dari penaja atasan dan juga pihak syarikat serta rangkaian talian yang lain´, dan mengamalkan konsep ´working together, sharing together and success together´ (berusaha bersama, berkongsi bersama dan berjaya bersama).

Setelah mengamalkan RG dan GL serta keseluruhan produk pemakanan, saya telah pulih dan jauh dari penyakit gaut, kencing manis dan resdung. Selain daripada itu, saya telah mampu membeli tanah, rumah, dan kereta idaman kami, iaitu Mercedas Benz serta menyelesaikan hutang lapuk. Sekarang, kami boleh merancang untuk makan angin kerana kedudukan kewangan yang sudah stabil.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja saya, En. Abdul Ghani Ramli, pihak syarikat, semua pemimpin DXN dan keluarga saya yang telah memberi sokongan.

Sekian, bersama kita ke puncak kejayaan!



 
 
  Hak Cipta © 1995-2009 DXN Marketing Sdn. Bhd.