DXN merupakan kerjaya yang berpotensi tinggi dan bertaraf antarabangsa, membolehkan kami memperluaskan kerjaya kami, satu kerjaya yang dimiliki oleh diri sendiri. Saya menganggap kerjaya rangkaian jualan langsung sebagai kerjaya seumur hidup saya. Keistimewaannya adalah ia mempunyai pasaran yang luas, pendapatan yang berlipat ganda serta bidang latihan pendidikan yang baik. Secara tidak langsung ia membantu kami memiliki kehidupan yang positif.
Sebelum menyertai DXN, saya memegang jawatan sebagai juruteknik di Singapura, sambil belajar secara sambilan kursus elektronik, saya selalu bekerja lebih masa, bertungkus-lumus selama tujuh tahun, akhirnya kesihatan saya terjejas. Saya mengalami sakit pinggang, tidak dapat tidur pada waktu malam (insomnia), tubuh badan yang lemah, hidup dalam keadaan tegang dan tertekan. Semua ini menyebabkan kesihatan saya semakin merosot. Namun doktor pakar menyatakan bahawa saya tidak ada sebarang masalah, tetapi saya tetap merasa tidak selesa dan akhirnya saya membuat keputusan untuk meletak jawatan demi kesihatan saya. Sepanjang tempoh tersebut, saya menyedari bahawa dengan bekerja makan gaji, pendapatan saya adalah terhad. Anggapan saya pada ketika itu ialah berasa puas hati sekiranya dapat memiliki sebuah rumah dan kereta
tempatan di Johor Bahru.
Setelah meninggalkan Singapura dan memulakan kehidupan di Johor Bahru, saya bekerja sebagai Penasihat Unit Trust lebih daripada satu tahun, kemudian saya mengenali Mr. Yew pada bulan Julai, 1995, melalui beliau barulah saya mengetahui bahawa di kampung halaman saya -Alor Setar, Syarikat DXN memiliki ladang dan kilang Lingzhi sendiri. la menggunakan teknologi yang canggih untuk memproses Lingzhi dan Lingzhi Reishilium. Keistimewaan produk DXN adalah "berharga rendah, berkualiti tinggi", dan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Apabila saya memahami secara mendalam latar belakang syarikat ini, saya mempunyai keyakinan untuk mengambil produk DXN dan mengalami sendiri kebaikannya. Ia mempunyai fungsi menyahtoksid, dan juga memberi imunisasi kepada badan. Dalam tempoh masa tiga hingga enam bulan, ia telah memperbaiki kesakitan pinggang saya, di samping menyelesaikan masalah sakit puan yang saya alami selama ini. Saya melibatkan diri dalam apa jua aktiviti dan mesyuarat, saya melihat sendiri kejayaan yang dikecapi oleh mereka. Semua ini megukuhkan keyakinan saya terhadap pelan pemasaran dan produk syarikat. Justeru itu saya melibatkan diri sepenuh masa dalam kerjaya DXN.
Pada tahun 1997, saya berjaya memiliki kereta idaman saya Mercedes-Benz. Saya juga berpeluang melancong ke Amerika Syarikat, Kanada, Taiwan, Thailand, Hong Kong, Australia, New Zealand, Macao, Indonesia, Korea, China dan lain-lain negara. Dengan penuh kesabaran dan gigih berusaha menuju ke arah impian saya, akhirnya pada bulan Julai 1999, saya berjaya mencapai kedudukan Crown Diamond.
Kerjaya DXN membolehkan saya memiliki kesihatan dan kekayaan:-
Mencipta pendapatan yang berlipat ganda
Membantu merealisasikan impian saya
Memperbaiki taraf hidup saya
Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi DXN Holdings Bhd iaitu Dr. Lim Siow Jin serta Lim Boon Yee (PJK) selaku Pengarah DXN Holdings Bhd atas bantuan dan perhatian yang diberikan oleh mereka selama ini, penaja serta rakan sekerja saya, disebabkan sokongan dan kerjasama mereka, barulah saya dapat mengecapi kejayaan hari ini. Marilah kita bekerja bersama-sama menuju ke arah impian kita. 'Asalkan anda rela melangkah setapak, ini membuktikan anda telah melangkah ke arah kejayaan', serta kata sepatah dari pengerusi: Asalkan anda berasa anda boleh, maka anda Boleh.
"Berani melangkah ke hadapan, menuju puncak kejayaan!"