Jumaat, 18 Mei 2012
  Utama  |   Korporat   |  Produk   |   Info Kesihatan   |  Pasaran   |  Berita & Kegiatan   |  Peluang Pekerjaan  |    Webmail    |  Hubungi Kami
   
Produk
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 
 
FAQ Produk
Index
FAQ Zhi Cafe Klasik
FAQ Bijirin Cordyceps DXN
FAQ Rangkaian Produk Ganozhi E DXN
FAQ Penjagaan Kulit
FAQ AquazeonTM
FAQ Spirulina
FAQ Bee Pollen
FAQ MycoVeggie
FAQ Monascus
FAQ Vinaigrette
FAQ Rawatan Bahan Api Diesel Q-Pro DXN
FAQ Black Cumin
FAQ Jambu Batu Merah DXN
FAQ Cuka Buah-buahan DXN
DXN Fruzim FAQ
FAQ Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN

Soal-soalan:
1. Apakah kandungan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
2.Mengapa saya memerlukan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
3. Kulit jenis apakah yang perlu menggunakan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
4. Apakah perbezaan antara Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN dan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi?
5. Bagaimanakah Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN berfungsi?
6. Adakah Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN telah diuji ke atas haiwan??
7. Adakah Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN selamat digunakan?
8. Apakah cara penyimpanan yang ideal bagi Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
9. Bolehkah saya memakai mekap selepas menggunakan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
10. Bolehkah Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN digunakan bersama-sama produk penjagaan kulit jenama lain?
11. Saya mempunyai kulit yang kering. Apakah cadangan anda tentang cara penggunaan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
12. Memandangkan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN boleh melembapkan kulit, adakah ia sesuai untuk mereka yang memiliki kulit jenis berminyak?
13. Kini, pelbagai jenis produk penjagaan kulit Aloe Vera boleh didapati di pasaran. Apakah keistimewaan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN jika dibandingkan dengan produk jenama-jenama lain?
14. Adakah Losyen Tangan & Badan Aloe.V DXN sesuai untuk kegunaan bayi?
15. Jika saya mempunyai kulit yang kering dan berusia, adakah Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN ini mampu membekalkan nutrien yang secukupnya untuk mencegah pembentukan kedutan?
16. Bolehkah saya sapukan produk ini pada bahagian kulit yang terkena selaran matahari? Saya difahamkan bahawa Aloe Vera mamapu melegakan kesan selaran matahari.
17. Adakah ia sesuai untuk kulit yang berjerawat?
18. Jika saya ingin menggunakan losyen SPF, perlukah saya menyapukan Losyen Tangan & Badan Aloe.V DXN terlebih dahulu atau sebaliknya?
19. Adakah anda mempunyai pek mengembara untuk Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
20. Saya sedang menggunakan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi DXN buat masa sekarang. Apakah kesan yang mungkin berlaku sekiranya saya bertukar kepada Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
21. Berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk saya melihat keberkesanan penggunaan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
22. Memandangkan Aloe Vera mempunyai sifat penyembuhan, bolehkah ia memudarkan kesan parut?
23 Bolehkah saya menggunakan Gel Pembersih Aloe.V DXN lebih daripada 2 kali dalam sehari?
24. Adakah Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN dan Ganozhi DXN sesuai diguna bersama untuk penjagaan kulit muka saya?
Apakah kandungan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
Rangkaian produk ini dirumus khas daripada ekstrak Aloe Vera dengan campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat Rumusan ini mampu membantu mengekalkan kelembapan kulit dan sesuai bagi mereka yang inginkan kulit yang sentiasa tampak segar.
[ Keatas ]
Mengapa saya memerlukan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
Pencemaran, perubahan cuaca dan reaksi alahan terhadap bahan kimia akan mengering dan merosakkan kulit kita. Ini menyebabkan kulit kita menjadi lebih sensitif, lantas mengurangkan daya pemulihan semulajadinya. Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN dihasilkan secara eksklusif untuk memberikan kesan kelegaan dan kelembapan pada kulit di samping mempertingkatkan daya pemulihan semulajadinya.
[ Keatas ]
Kulit jenis apakah yang perlu menggunakan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN ini sesuai bagi mereka yang inginkan kulit yang sentiasa tampak segar.
[ Keatas ]
Apakah perbezaan antara Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN dan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi?
Berdasarkan portfolio produk penjagaan kulit DXN, Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN dikategorikan sebagai produk pelembap manakala Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi pula dikategorikan sebagai produk pembersih.
[ Keatas ]
Bagaimanakah Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN berfungsi?
Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN membersihkan kulit anda tanpa menyingkirkan kandungan minyak dan kelembapan semulajadi kulit. Ia membantu dalam mengekalkan keseimbangan pH semulajadi kulit, membuatkan kulit anda lembut dan lebih berseri.
[ Keatas ]
Adakah Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN telah diuji ke atas haiwan?
Tidak. Rankaian Penjagaan Aloe.V DXN tidak pernah diuji ke atas haiwan.

[ Keatas ]
Adakah Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN selamat digunakan?
Ya. Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN dirumus khas daripada ramuan tumbuh-tumbuhan dan dijamin selamat. Di samping itu, pelbagai analisis yang teliti telah dijalankan sepanjang pemprosesan produk ini agar menjamin keselamatan penggunaannya.

[ Keatas ]
Apakah cara penyimpanan yang ideal bagi Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN sebaiknya disimpan pada suhu bilik dan elakkan daripada pancaran terus cahaya matahari.

[ Keatas ]
Bolehkah saya memakai mekap selepas menggunakan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
Ya. Anda boleh terus memakai mekap selepas melengkapkan 3 langkah penjagaan kulit yang mudah itu.

[ Keatas ]
Bolehkan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN digunakan bersama-sama produk penjagaan kulit jenama lain?
Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN bersifat lembut dan sesuai untuk digunakan bersama-sama produk jenama lain. Walau bagaimapun, kami mengesyorkan supaya anda menggunakan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN secara eksklusif untuk melihat kesan yang optimum.

[ Keatas ]
Saya mempunyai kulit yang kering. Apakah cadangan anda tentang cara penggunaan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
Mereka yang berkulit kering boleh mengamalkan langkah-langkah pembersihan dan penyegaran yang normal, lalu diikuti dengan penggunaan Krim Aqua Aloe.V DXN (untuk kegunaan siang) dan Krim Nutricare Aloe.V DXN (untuk kegunaan malam) demi mendapatkan kesan lembapan yang optimum.

[ Keatas ]
Memandangkan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN boleh melembapkan kulit, adakah ia sesuai untuk mereka yang memiliki kulit jenis berminyak?
Ya. Ia sesuai untuk semua jenis kulit kerana kelembapan pada kulit boleh mengurangkan proses pengeluaran minyak.

Rangkaian produk ini dirumus khas dengan ekstrak Aloe Vera serta campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat. Rumusan ini mampu membantu mengekalkan kulit dan sesuai bagi mereka yang inginkan kulit yang sentiasa tampak segar.

[ Keatas ]
Adakah Losyen Tangan & Badan Aloe.V DXN sesuai untuk kegunaan bayi?
Ia sesuai untuk bayi yang berusia lebih daripada 1 tahun.
[ Keatas ]
Jika saya mempunyai kulit yang kering dan berusia, adakah Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN ini mampu membekalkan nutrien yang secukupnya untuk mencegah pembentukan kedutan?
Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN membekalkan kesan lembapan yang baik kepada kulit yang kering, tetapiia tidak dapat menghalang daripada berlakunya kedutan kerana kedutan pada kulit merupakan salah satu tanda proses penuaan, di mana kadar pembentukannya boleh diperlahankan melalui cara pemakanan yang betul, penyingkiran toksik berlebihan daripada badan dan mengambil lebih banyak makanan anti-oksida.
[ Keatas ]
Bolehkah saya sapukan produk ini pada bahagian kulit yang terkena selaran matahari? Saya difahamkan bahawa Aloe Vera mamapu melegakan kesan selaran matahari.
Ya. Aloe Vera memberikan kesan yang amat melegakan di samping melembapkan kulit yang terkena selaran matahari..
[ Keatas ]
11)Adakah ia sesuai untuk kulit yang berjerawat?
Ya. Ia sesuai untuk kulit yang berjerawat kerana Aloe Vera membantu memulihkan sistem pertahanan semulajadi kulit anda.
[ Keatas ]
Jika saya ingin menggunakan losyen SPF, perlukah saya menyapukan Losyen Tangan & Badan Aloe.V DXN terlebih dahulu atau sebaliknya?
Bagi memastikan manfaat Aloe Vera diserapkan sebaiknya oleh kulit, losyen SPF perlu disapu selepas penggunaan Losyen Tangan & Badan Aloe.V DXN.
[ Keatas ]
Adakah anda mempunyai pek mengembara untuk Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
Buat masa ini DXN tidak mempunyai pek mengembara untuk produk tersebut.
[ Keatas ]
Saya sedang menggunakan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi DXN buat masa sekarang. Apakah kesan yang mungkin berlaku sekiranya saya bertukar kepada Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN lembut pada kulit. Oleh itu, tiada kesan sampingan yang akan berlaku jika anda ingin menggunakan Penjagaan Aloe.V DXN. Walau bagaimapun, anda perlu mempertimbangkan keadaan kulit anda sendiri sebelum beralih kepada produk lain.
[ Keatas ]
Berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk saya melihat keberkesanan penggunaan Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN?
Ia bergantung kepada keadaan kulit individu itu sendiri. Biasanya, ia hanya mengambil masa selama 2 minggu untuk melihat kesannya.
[ Keatas ]
Memandangkan Aloe Vera mempunyai sifat penyembuhan, bolehkah ia memudarkan kesan parut?
Ya. Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN berupaya untuk memudarkan kesan parut dengan merangsang proses pembaharuan sel. Namun, kesannya terhadap parut baru lebih ketara berbanding dengan parut lama..
[ Keatas ]
Bolehkah saya menggunakan Gel Pembersih Aloe.V DXN lebih daripada 2 kali dalam sehari?
Ia bergantung kepada aktiviti harian anda. Jika anda aktif melakukan aktiviti-aktiviti luar, anda perlu membersihkan muka anda lebih daripada 2 kali sehari.
[ Keatas ]
Adakah Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN dan Ganozhi DXN sesuai diguna bersama untuk penjagaan kulit muka saya?
Siri Penjagaan Aloe.V DXN lembut pada kulit dan ia sesuai digunakan bersama-sama produk penjagaan kulit yang lain.
[ Keatas ]

 
 
  Hak Cipta © 1995-2009 DXN Marketing Sdn. Bhd.