Jumaat, 18 Mei 2012
  Utama  |   Korporat   |  Produk   |   Info Kesihatan   |  Pasaran   |  Berita & Kegiatan   |  Peluang Pekerjaan  |    Webmail    |  Hubungi Kami
   
Produk
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 
 
FAQ Produk
Index
FAQ Zhi Cafe Klasik
FAQ Bijirin Cordyceps DXN
FAQ Rangkaian Produk Ganozhi E DXN
FAQ Penjagaan Kulit
FAQ AquazeonTM
FAQ Spirulina
FAQ Bee Pollen
FAQ MycoVeggie
FAQ Monascus
FAQ Vinaigrette
FAQ Rawatan Bahan Api Diesel Q-Pro DXN
FAQ Black Cumin
FAQ Jambu Batu Merah DXN
FAQ Cuka Buah-buahan DXN
DXN Fruzim FAQ
FAQ Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN
List of Questions:
1. Apakah perbezaan di antara Sistem Air Bertenaga Aquazeon DXN dengan sistem penurasan air yang lain?
2. Perlukah saya memasak air Aquazeoan DXN terlebih dahulu sebelum meminumnya?
3. Bolehkah saya masukkan air panas ke dalam Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN?
4. Selain daripada diminum, bolehkah saya gunakan air Aquazeon™ DXN untuk kegunaan lain??
5. Adakah air Aquazeon™ DXN sesuai untuk bayi?
6. Adakah air Aquazeon™ DXN turut memanfaatkan orang sakit?
7. Adakah air Aquazeon™ DXN, yang mempunyai pH alkali, sesuai digunakan untuk membasuh muka?
8. Tekanan air di rumah saya agak rendah. Adakah ini akan mendatangkan masalah sekiranya saya menggunakan Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN?
9. Adakah air Aquazeon™ DXN akan melepasi Ujian Pemendak Elektrik (Electric Precipitator Test) yang digunakan untuk menentukan ketulenan air minuman?
10. Bilakah penuras-penuras saya perlu ditukar?
11. Di manakah boleh saya perolehi bahan-bahan ganti Aquazeon DXN?
12. Apakah Sinar Infra-merah Jauh?
13. Apakah yang dimaksudkan oleh nombor Iodin?
14. Apakah ORP?
15. Apakah bacaan pH air ?
16. Apakah bacaan pH sebenar air selepas ia melalui sistem penapisan sepenuhnya?
17. Apakah kadar pH Air Bertenaga Aquazeon™ DXN selepas ia melalui sistem penapisan sepenuhnya ?
18. Terangkan pH ´potential hydrogen´ dan hubungan ia dengan kealkalian dan keasidan ?
19. Adakah mineral semulajadi dalam air tidak berubah selepas penapisan ?
20. Apakah mineral semulajadi dalam Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN selepas penapisan ?
10. Bilakah penuras-penuras saya perlu ditukar?
21. Adakah air Aquazeon™ DXN yang mengandungi tembaga,chromium etc -- adalah baik atau buruk untuk pengambilan ?
22. Apakah % of klorin selepas penurasan ?
23. Kenapa klorin ditambah di dalam air ?
24. Klorin mempengaruhi bagaimana tubuh manusia ?
25. Bagaimana anda boleh menyemak % penerimaan klorin ?
26. Jika air paip mengandungi lebih klorin, adakah Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN boleh menurunkannya kepada % penerimaan ?
27. Apakah itu Bola Ionik ?
28. Apa bahan-bahan pengoksidaan?
29. Tolong jelaskan secara terperinci tentang radikal bebas? Apa yang menyebabkan radikal bebas?
30. Apa frekuensi penukaran penapis di rumah dari 5 ahli keluarga, katakan di Malaysia?
31. Apakah kadar jangka hayat Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN ?
32. Apakah frekuensi penggantian penapis ?
33. Adakah Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN melalui sebarang elektrolisis ?
34. Adakah Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN melalui ´reverse osmosis´ pada sebarang tahap ?
35. Apakah bahan organik kimia yang ditapis keluar daripada Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN ?
36. Apakah bacaan Iodin Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN ?
37. Apakah makna Aquazeon™ ?
38. Kenapa air DXN dipanggil sebagai air bertenaga ?
39. Apakah maksud Zeon dan Zen ?
40. Berapakah jumlah air yang dikeluarkan oleh unit ini per jam ?
41. Berapakah jumlah air yang dikeluarkan oleh unit ini per jam ? Sila gunakan kadar pengaliran air di Malaysia dimana anda sudah menggunakannya ?
42. Apakah jumlah berat Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN ?
43. Adakah anda mempunyai sebarang cara untuk menyimpan air dalam bekas lain ataupun dispenser dan gunakan dari sana?
44. Bagaimana sistem ini berfungsi jika ada kemasukan input air yang lebih tinggi atau lebih rendah di unit ?
45. Dalam persekitaran tempat kerja, tidaklah mungkin untuk meminum air terus ketika 2 atau 3 orang sedang menunggu giliran - bekas jenia apa yang anda miliki atau mengesyorkan di mana air boleh disimpan dan diguna dengan selesa?
46. Bolehkan Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN boleh disambung dengan bekas penyimpanan ?
47. Tekanan air di rumah saya rendah. Adakah ini akan menimbulkan masalah bagi Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN ?
48. Di manakah Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN kita berdiri berbanding dengan pesaing kita?
49. Pada tahap apa 99,99% bakteria & virus dihapuskan?
50. Apakah Pensijilan Antarabangsa yang kita miliki untuk sistem air kita ?
51. Apakah erti NSF ?
52. Apakah sijil SIRIM QAS ?
Apakah perbezaan di antara Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN dengan sistem penurasan air yang lain?
Lazimnya, terdapat dua perbezaan utama di antara kedua-dua produk tersebut. Pertama, kebanyakan sistem penurasan air yang berada di pasaran hanya menghasilkan air yang bersih, tetapi Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN menghasilkan air yang bersih dan bertenaga. Air Aquazeon™ adalah bersih, tulen, kaya dengan oksigen dan mempunyai keseimbangan pH yang sempurna. Gugusan airnya yang terdiri daripada molekul kecil dan bertenaga mampu menyerap ke dalam membran sel dengan mudah dan mampu mengekalkan penghidratan maksima untuk kesihatan tubuh badan kita. Kedua, Aquazeon™ DXN menggunakan sistem 4-katrij canggih yang mempunyai lapisan penulenan berganda dan menyingkirkan bahan kontaminasi yang terdapat dalam air dengan lebih berkesan. Pada masa yang sama, ia turut dapat mengekalkan kandungan mineral-mineral yang diperlukan.
[ TOP ]
Perlukah saya memasak air Aquazeoan™ DXN terlebih dahulu sebelum meminumnya?
Kebanyakan orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa memasak air paip sebelum diminum adalah perlu untuk membunuh bakteria dan mikrob yang berbahaya. Di loji rawatan air, klorin telah dicampurkan ke dalam air untuk menghalang bakteria daripada membiak di sepanjang perjalanan air tersebut hinggalah sampai ke rumah anda. Klorin tersebut membantu menyahjangkitkan air sebelum boleh digunakan. Sistem penurasan Aquazeon DXN yang mempunyai lapisan berganda mampu menyingkirkan semua organisma dan bahan pengoksidaan yang berbahaya. Justeru itu, air Aquazeon™ DXN adalah lebih bersih, selamat dan ia boleh diminum terus tanpa perlu dimasak.
[ TOP ]
Bolehkah saya masukkan air panas ke dalam Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN?
Tidak boleh. Air panas tidak boleh dimasukkan ke dalam mana-mana sistem penurasan air kerana air panas boleh merosakkan lapisan penurasannya. Selain itu, air panas juga akan menanggalkan sedimen dan endapan yang terdapat pada penuras. Malah, kepanasan air juga akan membesarkan liang dan ini akan mengurangkan keberkesanan penuras tersebut. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan air yang terturas itu berbau klorin. Tambahan pula,, kulapuk juga boleh membiak di dalam air terturas yang disimpan di dalam botol selama beberapa hari, dan ini menunjukkan ketidakberkesanan penuras itu.
[ TOP ]
Selain daripada diminum, bolehkah saya gunakan air Aquazeon™ DXN untuk kegunaan lain?
Sudah tentu. Air Aquazeon™ DXN boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain seperti memasak, mandi, menyiram pokok dan tumbuhan, pemeliharaan ikan, mencuci muka dan lain-lain lagi.
[ TOP ]
Adakah air Aquazeon™ DXN sesuai untuk bayi?
Ya. Bayi dan kanak-kanak memerlukan air yang terbaik untuk penghidratan yang cukup demi perkembangan dan pembesaran yang optimum. Air Aquazeon™ DXN adalah selamat dan sememangnya merupakan pilihan air terbaik yang boleh anda berikan kepada mereka.
[ TOP ]
Adakah air Aquazeon™ DXN turut memanfaatkan orang sakit?
Ya. Penyahidratan adalah punca kepada banyak penyakit. Orang yang menghidap penyakit hendaklah meningkatkan pengambilan air Aquazeon™ DXN sebanyak 10-15 gelas air setiap hari semasa waktu pemulihan. Ini adalah kerana, air Aquazeon DXN menyerap masuk ke dalam sel badan lebih cepat berbanding dengan air yang lain. Ia juga mampu mempercepatkan proses pemulihan dan membantu menigkatkan kesihatan secara menyeluruh dengan menyingkirkan bahan-bahan toksin dan sisa buangan daripada organ-organ.

[ TOP ]
Adakah air Aquazeon™ DXN, yang mempunyai pH alkali, sesuai digunakan untuk membasuh muka?
Sudah tentu. Air Aquazeon™ DXN tidak akan merosakkan mantel asid yang terdapat pada permukaan kulit. Mineral-mineral utama dan oksigen yang terdapat di dalamnya mempercepatkan proses penjanaan semula agar kulit muka anda lebih sihat dan bersih.

[ TOP ]
Tekanan air di rumah saya agak rendah. Adakah ini akan mendatangkan masalah sekiranya saya menggunakan Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN?
Tidak. Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN telah diuji dalam berbagai keadaan tekanan air dan ia sentiasa berfungsi dengan baik dan memuaskan. Sekiranya tekanan air rendah, satu-satunya situasi yang akan anda alami adalah pengaliran air melalui Sistem Air Bertenaga Aquazeon DXN yang agak perlahan.

[ TOP ]
Adakah air Aquazeon™ DXN akan melepasi Ujian Pemendak Elektrik (Electric Precipitator Test) yang digunakan untuk menentukan ketulenan air minuman?
Tidak. Air Aquazeon™ DXN adalah air yang bermineral. Pemendak Elektrik bergantung pada proses yang dipanggil elektrolis untuk menunjukkan kewujudan bahan mineral di dalam air. Tiada sebarang tindak balas akan dihasilkan sekiranya diuji ke atas air yang tidak bermineral. Akan tetapi, enapan cemar yang berwarna coklat akan dihasilkan apabila diuji ke atas air yang bermineral. Penjual-penjual yang tidak jujur telah menggunakan ujian ini untuk yang mempromosi sistem air Osmosis Songsang atau Air Suling mereka. Ini merupakan satu taktik jualan kerana kesan visualnya yang mengejutkan itu berjaya membuktikan yang sistem mereka menghasilkan air yang tulen dan bebas daripada sebarang bahan-bahan kontaminasi, tidak seperti air bermineral. Interpretasi ini adalah salah dan mengelirukan.

[ TOP ]
Bilakah penuras-penuras saya perlu ditukar?
Bergantung pada penggunaan air, tahap pencemaran di dalam bekalan air dan penjagaan sistem anda. Untuk penukaran penuras, anda boleh mengikut pengesyoran syarikat berkenaan dengan tempoh penggunan yang sah.

[ TOP ]
Di manakah boleh saya perolehi bahan-bahan ganti Aquazeon DXN?
Anda boleh mendapatkan bahagian-bahagian ganti Aquazeon DXN di semua cawangan dan pusat stokis DXN Marketing (M) Sdn. Bhd.

[ TOP ]
Apakah Sinar Infra-merah Jauh?
Sinar Infra-merah Jauh adalah sebahagian daripada spektrum cahaya yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Ia juga dikenali sebagai sinar Biogenetis (berukuran antara 6 hingga 14 mikron). Para saintis telah membuktikan bahawa sinar Biogenetis mampu menggalakan pertumbuhan dan meningkatkan kesihatan sel hidup khasnya yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia.

Nombor Iodin adalah ujian untuk menguji karbon yang digunakan dalam proses penurasan air. Ia juga adalah piawaian bagi American Society for Testing Materials – ASTM. Nombor ini adalah penting kerana ia merupakan satu penunjuk yang bagus untuk menentukan sejauh mana karbon dapat menjerap sebatian dan pencemar daripada air. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sejumlah serbuk karbon aktif dan mencampurkannya ke dalam larutan campuran Iodin dan air yang piawai. Dengan mengukur jumlah Iodin yang tertinggal di dalam larutan itu, jumlah Iodin yang dijerap dapat ditentukan. Nilai ini diukur dalam bentuk miligram terjerap bagi setiap gram karbon aktif. Semakin tinggi nilai ini, semakin banyak kontaminasi kimia yang disingkirkan.

[ TOP ]
Apakah ORP?
ORP ialah Potensi Penurunan Pengoksidaan (Oxidation Reduction Potential), atau juga dikenali sebagai Potensi Redox (Redox Potential). ORP diukur dengan menggunakan meter voltan yang menunjukkan bacaan dalam milivolt (mV). Bacaan yang neutral adalah 0mV. Bahan pengoksidaan akan menunjukkan bacaan positif, seperti +300mV, manakala bahan pereduksi menunjukkan bacaan negatif seperti -300mV. Sebarang bacaan yang kurang daripada -200mV, adalah air minimum yang elok dan boleh dikategorikan air minuman yang mengandungi ORP yang baik. Selain itu, semakin rendah bacaan negatif (< -200mV), semakin kuat potensinya untuk mengurangkan bahan pengoksidaan, seperti radikal bebas yang terdapat di dalam badan.
[ TOP ]
Apakah bacaan pH air ?
i. Air paip memberi bacaan dalam lingkungan 6.5 to 7.0.
ii. Air daripada Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN memberi bacaan lebih kepada 7.1.
[ TOP ]
Apakah bacaan pH sebenar air selepas ia melalui sistem penapisan sepenuhnya?
Jawapan : pH air adalah ditentukan oleh kualiti air. pH air adalah terpengaruh dengan bahan kimia yang dikeluarkan oleh komuniti dan industri yang membawa kepada peringkat lebih berasid. Oleh itu, Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN bertindak sebagai medium dalam merawat air berasid dengan meneutralkannya kepada tahap beralkali normal.
[ TOP ]
Apakah kadar pH Air Bertenaga Aquazeon™ DXN selepas ia melalui sistem penapisan sepenuhnya ?
Ujian dengan kertas pH menunjukkan alkali, ujian dengan makmal menunjukkan 8.5. Tetapi, ia adalah bergantung kepada punca pengaliran air.
[ TOP ]
Terangkan pH ´potential hydrogen´ dan hubungan ia dengan kealkalian dan keasidan ?
Keasidan & kealkalian adalah diukur mengikut skala pH. pH iaitu ´potential hydrogen´ merujuk kepada jumlah hidrogen yang bercampur dengan air. ph diukur daripada skala 0-14. Tujuh adalah neutral, menunjukkan tiada sebarang keasidan atau kealkalian hadir. Pengukuran di bawah 7 menunjukkan keasidan hadir dan pengukuran di atas 7 menunjukkan kealkalian hadir.
[ TOP ]
Adakah mineral semulajadi dalam air tidak berubah selepas penapisan ?
Ia tidak berubah.
[ TOP ]
Apakah mineral semulajadi dalam Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN selepas penapisan ?
Mineral semulajadi adalah tembaga, Chromium, besi, Magnesium, Zink, Kalsium, Potassium, Sodium, mangan & Selenium.
[ TOP ]
Adakah air Aquazeon™ DXN yang mengandungi tembaga,chromium etc -- adalah baik atau buruk untuk pengambilan ?
Ia adalah elemen baik.
[ TOP ]
Apakah % of klorin selepas penurasan ?
Ia adalah kurang daripada 0.0000001% atau 0.10ppm. Kadar penerimaan klorin dalam air minuman adalah sebanyak 0.02ppm – 2.0ppm.
[ TOP ]
Kenapa klorin ditambah di dalam air ?
Klorin adalah desinfektan yang sangat efisien, dan ditambah kepada bekalan air awam untuk membunuh bakteria penyebab penyakit dimana air atau paip pengangkutan mungkin mengandunginya.
[ TOP ]
Klorin mempengaruhi bagaimana tubuh manusia ?
Menurut Majlis AS Kualiti Persekitaran, risiko kanser di antara orang-orang yang minum dan menyerap air diklorinasi adalah sebesar 93% lebih tinggi berbanding mereka yang air tidak mengandungi klorin.
[ TOP ]
Bagaimana anda boleh menyemak % penerimaan klorin ?
Kadar penerimaan klorin dalam air minum adalah sekitar 0.02ppm - 2.0ppm. Kandungan klorin boleh diuji dengan menggunakan kertas ujian atau kit ujian yang direka untuk pengujian klorin.
[ TOP ]
Jika air paip mengandungi lebih klorin, adakah Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN boleh menurunkannya kepada % penerimaan ?
Ini bergantung kepada kualiti air dan peratusan klorin di dalam air.Hal ini diyakini bahawa semua pihak berkuasa di negara masing-masing akan memastikan bahawa tahap klorin dalam air paip di dalam tahap selamat. Sistem air kita diperkenalkan sebagai ginjal ketiga untuk tubuh kita untuk menapis bendasing yang ditemui dalam air paip. Klorin dalam air paip boleh ditapis oleh karbon aktif dalam sistem.
[ TOP ]
Apakah itu Bola Ionik ?
Bola Ionik adalah suatu anti oksida yang mengandungi octadecyl 3-(3´5-di-tert-butyl-4´hydroxphenyl) propionate.
[ TOP ]
Apa bahan-bahan pengoksidaan?
Agen pengoksidaan zat yang ditemui dalam air paip adalah bahan pencemaran daripada sektor industri, kegiatan pertanian dan sebagainya
[ TOP ]
Tolong jelaskan secara terperinci tentang radikal bebas? Apa yang menyebabkan radikal bebas?
Suatu bahan kimia yang sangat reaktif yang mengandungi oksigen dan dihasilkan ketika molekulnya dipisah-pisahkan untuk memberikan produk yang mempunyai elektron tidak berpasangan (satu proses yang dipanggil pengoksidaan). Radikal bebas boleh merosakkan molekul sel yang penting seperti DNA atau lipid atau bahagian lain daripada sel.
[ TOP ]
Apa frekuensi penukaran penapis di rumah dari 5 ahli keluarga, katakan di Malaysia?
Kekerapan menukar penapis bergantung pada penggunaan air, tahap pencemaran di bekalan air & cara penjagaan dan pemeliharaan sistem anda. Syarikat telah mencadangkan kitaran penukaran untuk setiap penapis.

Anda boleh mengikuti cadangan yang dinyatakan sebagai di bawah ini untuk menukar :

i. Penapis A (Sterasyl Doulton Seramik) - 1 year
ii. Penapis B (Activated Carbon) - 1 year
iii. Penapis C (Bio-seramik / Mineral Stone / Tourmaline) - 3 tahun
iv. Penapis D (Post Carbon / ion Ball) - 2 tahun.

Ada dua indikasi untuk menukar penapis:
- Apabila kadar penapisan menjadi sangat lambat. Ada kemungkinan bahawa pori-pori dalam penapis telah tertutup oleh enapan daripada paip air.
- Menggunakan Sistem Monitor Elektronik. Sistem ini dapat menunjukkan isipadu air yang digunakan secara tepat & mengingatkan anda untuk menukar penapis baru.

Nota: umur daripada penapis tidak boleh dikira dengan menggunakan jumlah ahli keluarga dalam rumah tangga, tetapi bergantung pada penggunaan air & the usia penapis.
[ TOP ]
Apakah kadar jangka hayat Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN ?
Unit tersebut boleh digunakan selama- lamanya jika penapisnya diganti mengikut tempoh jangka hayat.
[ TOP ]
Apakah frekuensi penggantian penapis ?
Ia adalah bergantung kepada penggunaan air, kadar pencemaran air paip dan cara penggunaan sistem. Bagi penggantian penapis, anda boleh merujuk kepada rujukan syarikat untuk tempoh penggantian.
[ TOP ]
Adakah Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN melalui sebarang elektrolisis ?
Tidak
[ TOP ]
Adakah Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN melalui ´reverse osmosis´ pada sebarang tahap ?
Tidak
[ TOP ]
Apakah bahan organik kimia yang ditapis keluar daripada Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN ?
Benzene,Chlorobenzene, Ethylbenzene,Xylenes,Styrene,Toluene, Methylene Chloride, Chloroform, 1,1,1-Trichloromethane & Anthracene
[ TOP ]
Apakah bacaan Iodin Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN ?
1050mg/g
[ TOP ]
Apakah makna Aquazeon ?
Aqua = air, Zeon adalah daripada Zen.
[ TOP ]
Kenapa air DXN dipanggil sebagai air bertenaga ?
Tidak ada sebarang maksud di sebaliknnya.
[ TOP ]
Apakah maksud Zeon dan Zen ?
Zeon adalah daripada Zen. Perkataan Zen adalah suatu proses mental yang selalu digunakan di kalangan ahli pengikut.
[ TOP ]
Berapakah jumlah air yang dikeluarkan oleh unit ini per jam ?
Ia adalah bergantung kepada kadar pengaliran air di tempat anda.
[ TOP ]
Berapakah jumlah air yang dikeluarkan oleh unit ini per jam ? Sila gunakan kadar pengaliran air di Malaysia dimana anda sudah menggunakannya ?
90 liter per jam ( dengan menggunakan kadar pengaliran air daripada cawangan DXN PJ ).
Perhatian : Kadar pengaliran air adalah berbeza mengikut tempat.
[ TOP ]
Apakah jumlah berat Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN ?
Jumlah berat Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN adalah sebanyak 5kg
[ TOP ]
Adakah anda mempunyai sebarang cara untuk menyimpan air dalam bekas lain ataupun dispenser dan gunakan dari sana?
Ya, anda boleh menyimpan air dalam bekas lain tetapi anda perlu membeli bekas secara berasingan dari luar. Namun ia adalah lebih baik minum air yang ditapis segar.
[ TOP ]
Bagaimana sistem ini berfungsi jika ada kemasukan input air yang lebih tinggi atau lebih rendah di unit ?
Sistem ini biasanya bekerja seperti biasa kecuali kadar pengaliran mungkin akan terjejas.
[ TOP ]
Dalam persekitaran tempat kerja, tidaklah mungkin untuk meminum air terus ketika 2 atau 3 orang sedang menunggu giliran - bekas jenia apa yang anda miliki atau mengesyorkan di mana air boleh disimpan dan diguna dengan selesa?
Bagi tujuan keselesaan, anda boleh mengeluarkan air yang ditapis menggunakan air dispenser. Biasanya air dispenser datang dengan bekas air yang boleh menyimpan air yang ditapis. Walaupun anda disarankan untuk minum air akan ditapis secepatnya untuk mendapatkan manfaat optimum namun air yang disimpan dalam bekas air dapat mempertahankan "kesegaran" sehingga 2-3 hari.
[ TOP ]
Bolehkan Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN boleh disambung dengan bekas penyimpanan ?
Boleh.
[ TOP ]
Tekanan air di rumah saya rendah. Adakah ini akan menimbulkan masalah bagi Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN ?
Tidak, Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN telah diuji dalam pelbagai keadaan tekanan air dan selalu berfungsi secara baik. Jika tekanan air rumah anda sangat rendah, satu-satunya perkara yang anda mungkin lihat adalah laju aliran melalui Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN akan lebih lambat.
[ TOP ]
Di manakah Sistem Air Bertenaga Aquazeon™ DXN kita berdiri berbanding dengan pesaing kita?
Tidak ada gunanya membandingkan tapi kita hanya berusaha untuk menyediakan air yang bersih dan sihat untuk diminum. Itu adalah tujuan utama mempunyai sistem air.
[ TOP ]
Pada tahap apa 99,99% bakteria & virus dihapuskan?
Tahap 1 ( Doulton Sterasyl Seramik ) & Tahap 2 ( Karbon aktif )

Nota : Anda boleh melayari link seperti di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai tahap 1 & 2

http://www.dxnmalaysia.com/product/water_ews2.php

Perhatian : Gambarajah sistem penapisan air, 1-5 yang disebutkan pada website ini merujuk kepada tahap-tahap bagaimana air sedang dirawat, dan ia tidak merujuk pada nombor penapis.

[ TOP ]
Apakah Pensijilan Antarabangsa yang kita miliki untuk sistem air kita ?
i. Moody International Certification - ISO 9001 : 2000
ii. NSF International
iii. Certificate of Membership - Water Quality Association
[ TOP ]
Apakah erti NSF ?
NSF Antarabangsa ( NSF International ) yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Sanitasi Nasional( National Sanitation Foundation). NSF Antarabangsa Dunia berlokasi di Amerika Syarikat. Selain itu, Persatuan Kualiti Air ( Water Quality Association )juga daripada USA
[ TOP ]
Apakah sijil SIRIM QAS ?
Sirim QAS International merupakan pertubuhan terkemuka Malaysia bagi pensijilan, pemeriksaan dan pengujian. Ia menyalurkan suatu perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian yang sangat komprehensif yang sesuai dengan standard dan panduan nasional dan antarabangsa
[ TOP ]

 
 
  Hak Cipta © 1995-2009 DXN Marketing Sdn. Bhd.