|
|
|
|
|
Anda disyorkan untuk mengambil 2 - 4 kali sehari. (20ml Cuka Buah-buahan DXN + 180 ml Air).
|
|
|
|
Cuka Buah-buahan DXN adalah cuka yang berasaskan buah-buahan yang bekerja secara sinergi dengan Monascus untuk mengawal sistem dalaman badan bagi mengekalkan kesihatan yang baik, manakala Vinaigrette DXN pula mengandungi cuka beras dan Monascus yang telah ditapai bersama-sama Ganoderma yang mampu mengawal paras kolesterol dalam darah jika diamalkan untuk satu jangka masa yang panjang. Memandangkan ia dihasilkan daripada bahan mentah yang berbeza, maka kebaikan yang bakal diperoleh juga berlainan. |
|
|
|
| Enzim buah-buahan DXN adalah minuman enzim. Enzim memainkan peranan penting dalam fungsi biokimia harian: penghadaman, penyerapan nutrien, metabolisma dan penyingkiran bahan buangan badan. Vinegar Buah-buahan DXN pula merupakan minuman cuka yang berupaya untuk membantu dalam meneutralkan tahap keasidan badan. Walaupun kedua-dua produk ini ditapai menggunakan buah yang sama, fungsinya tetap berbeza. |
|
|
|
| Terdapat beberapa jenis cuka di pasaran yang pastinya berbeza dari segi bahan mentah dan teknik pemprosesannya. Terdapat dua jenis cuka: cuka yang ditapai dan cuka sintetik. Biasanya, cuka sintetik mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan serta mengandungi nilai nutrisi yang rendah. Cuka Buah-buahan DXN dihasilkan daripada proses penapaian yang mengekstrak nutrien buahan segar. Oleh sebab itulah rasa dan warna bahan-bahan tersebut dapat dikekalkan. |
|
|
|
| Beberapa titik Cuka Buah-buahan DXN boleh ditambah ke dalam masakan sayur-sayuran, sup dan salad.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber celupan. |
|
|
|
| Kemungkinan untuk berlaku mendapan akibat penapaian yis dalam Enzim Buah-buahan DXN memang ada. Namun, ia adalah baik untuk kesihatan. |
|
|
|
| Ya. Produk ini boleh diminum sebelum atau selepas makan. |
|
|
|
| Mereka dinasihatkan untuk meminum produk ini selepas makan. |
|
|
|
| Ya. Kanak kanak yang berumur 1 tahun ke atas boleh mengambil produk ini dan sukatannya adalah separuh daripada hidangan yang dicadangkan kepada orang dewasa. |
|
|
|
| Umum mengetahui bahawa wanita hamil tidak boleh mengambil sebarang produk secara berlebihan. Mereka perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mula mengambil makanan tambahan atau minuman kesihatan sepanjang kehamilan. |
|
|
|
| Jika anda mengamalkan produk ini secara sederhana, tiada kesan sampingan atau gejala yang akan berlaku. |
|