Index
Bee Pollen - Pemberian Sebenar Dari Alam Semulajadi
Bee pollen dikumpul dari sarang lebah, di mana lebah-lebah mengumpul debunga daripada tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk granuse. Bee pollen merupakan makanan paling berkhasiat yang boleh didapati daripada alam semulajadi Ia mengandungi hampir semua nutrien yang diperlukan oleh manusia. Pollen disukai kerana ia mengandungi vitamin A, provitamin A (karoteroid), B kompleks, C, D, E, mineral-mineral (seperti kalsium, besi, kalium dan magnesium), asid amino, hormon-hormon, enzim, lesitin, karbohidrat dan lemak.
Ciri-ciri Bee Pollen
Bee pollen dihasilkan daripada hampir 50 peratus karbohidrat dan 30 peratus protein, menjadikannya satu sumber tenaga yang baik. Kini ia diakui oleh para saintis dari serata dunia sebagai sumber yang baik sebagi agen anti-penuaan, membina ketahanan badan terhadap penyakit, menolong mempertingkatkan tahap penyembuhan dan membekalkan tenaga secara dinamik.
Keistimewaan bee pollen berbanding dengan alternatif lain adalah kebolehannya
membekalkan komponen-komponen berguna ini dalam bentuk yang boleh dicernakan dengan mudah. Ujian klinikal terus menunjukkan bahawa partikal Bee Pollen boleh diserap terus dari perut ke saluran darah dengan cepat dan mudah. Ciri-ciri bee pollen ini membolehkan badan menyerap nutrien yang diperlukan dengan mudah pada masa tertentu.
Bagaimana Ia Boleh Mendatangkan Faedah Kepada Anda?
-
Meningkatkan Tenaga
Respon lazim yang dilaporkan oleh pengguna ialah bee pollen boleh meningkatkan tenaga. Bee pollen memulihkan tenaga selepas senaman dengan memulihkan pernafasan dan denyutan jantung kepada tahap yang normal dan memperbaiki sistem keimunan. Ia juga membekalkan tenaga, stamina dan kekuatan serta memulih reaksi mental dan fizikal.
-
Makanan Untuk Kesihatan Otak
Bagi mereka yang memerlukan cabaran daya pemikiran yang banyak juga boleh mendapat faedah daripada makanan semulajadi ini. Bee pollen boleh mengurangkan kelesuan otak dan memperbaiki kecergasan. Ini boleh meningkatkan tahap penumpuan perhatian anda dan membolehkan anda bekerja dalam masa yang panjang tanpa berasa penat. Tekanan hidup juga menggunakan vitamin dalam badan dengan cepat. Bee pollen boleh mengurangkan tekanan dan kebimbangan dengan menggantikan simpanan zat yang berkaitan. Ini merupakan sebab bee pollen sering diberikan kepada orang yang ingin mempertingkatkan kecerdasan serta IQ, memperbaiki konsentrasi dan ingatan.
-
Pembina Sistem Keimunan
Bee pollen digunakan sebagai pembina sistem keimunan, mempunyai kebolehan
memperbetulkan tindak balas kimia dalam badan dan memperbaiki kesihatan badan. Ia juga berkebolehan untuk menyingkirkan racun dan bahan toksik dari badan. Bee pollen telah digunakan untuk membina sistem keimunan untuk menghindari penyakit selsema.
-
Penghadaman dan Mengawal Berat Badan
Bee pollen dikenalpasti boleh mempercepatkan pertumbuhan badan manusia. Ia mengaktifkan aktiviti usus besar terutamanya dalam kes cirit-birit yang kronik yang tidak dapat dipulihkan dengan rawatan antibiotik. Bee Pollen juga membantu dalam pengawalan berat badan secara semulajadi. Kehilangan berat badan berlaku apabila lesitin, suatu bahan dalam bee pollen, meningkatkan pembakaran kalori dan menstabilkan metabolisme yang lemah. Ia membantu dalam proses penghadaman dan asimilasi nutrien. Bee pollen juga mengandungi phenylalaline yang merupakan asid amino semulajadi yang boleh bertindak sebagai pengurang selera makan.
-
Alergi
Kebanyakkan orang yang mempunyai masalah alahan berasa puas hati selepas menggunakan bee pollen. Ia mengurangkan penghasilan histamin yang boleh mengakibatkan “deman debunga’’. Ia boleh menguatkan sistem respirasi dan membekalkan protein yang dapat membina sistem pertahanan badan semulajadi terhadap reaksi alergi.
-
Pollen Untuk Potensi
Laporan agensi kerajaan Norway menunjukan bahawa bee pollen mempunyai keberkesahan dalam menguatkan sperma di samping membantu meningkatkan persembahan seks serta mempunyai kapasiti proaktif dalam kes bagi mereka yang tidak mempunyai tenaga yang mencukupi semasa beradu di kamar tidur.
|