Jumaat, 18 Mei 2012
  Utama  |   Korporat   |  Produk   |   Info Kesihatan   |  Pasaran   |  Berita & Kegiatan   |  Peluang Pekerjaan  |    Webmail    |  Hubungi Kami
   
Produk
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 
 
FAQ Produk
Index
FAQ Zhi Cafe Klasik
FAQ Bijirin Cordyceps DXN
FAQ Rangkaian Produk Ganozhi E DXN
FAQ Penjagaan Kulit
FAQ AquazeonTM
FAQ Spirulina
FAQ Bee Pollen
FAQ MycoVeggie
FAQ Monascus
FAQ Vinaigrette
FAQ Rawatan Bahan Api Diesel Q-Pro DXN
FAQ Black Cumin
FAQ Jambu Batu Merah DXN
FAQ Cuka Buah-buahan DXN
DXN Fruzim FAQ
FAQ Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN

Soal-soalan:
Kenapa kita memerlukan penjagaan rapi pada kulit kita?
Apakah kandungan dalam Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™?
Kenapa saya memerlukan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi?
Is Ganozhi™ Complete Skin Care Series suitable for all types of skin?
Bagaimanakah Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ berfungsi?
Siapakah yang memerlukan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™?
Apakah caranya untuk memperolehi kulit bersih yang diidamkan melalui penggunaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™?
Adakah Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ diuji ke atas haiwan?
Adakah Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ selamat digunakan?
Saya telah memperolehi kondisi kulit yang diidamkan selepas menggunakan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™. Jadi, perlukah saya terus menggunakannya ?
Bolehkah Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ digunakan bersama dengan pembersih cecair, penyegar dan pelembap jenama lain?
Adakah nilai pH Cecair Pembersih Muka Ganozhi™ seimbang? Apakah nilai pH Cecair Pembersih Muka Ganozhi™?
Apakah kondisi penyimpanan yang paling sesuai untuk Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™?
Bolehkah saya memakai mekap selepas guna Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™?
Kenapa kita memerlukan penjagaan rapi pada kulit kita?
Kulit merupakan organ terbesar di dalam badan kita. Ia berfungsi sebagai benteng pertahanan untuk melindungi badan kita daripada ancaman luar. Kecantikan sebenar kulit adalah bermula daripada sistem dalaman badan anda dan untuk memiliki kulit yang sihat dan berseri, selain daripada cara pemakanan yang seimbang, fungsi sistem penghadaman badan yang sihat dan keseimbangan paras hormon badan, kita juga mesti bijak untuk memilih produk penjagaan kulit yang sesuai. DXN memperkenalkan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ untuk memenuhi keperluan penjagaan kulit seharian anda. Ia terdiri daripada Pembersih Cecair Muka 150 ml, Penyegar 150 ml dan Emulsi Pelembap Mikro 50 ml.
[ Keatas ]
Apakah kandungan dalam Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™?
Dirumus khas dengan ekstrak Ganoderma dan Fagus sylvatica sebagai kandungan aktif, Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ merupakan produk penjagaan kulit jenis botanikal yang sesuai bagi kulit anda. Di samping itu, ia juga mengandungi kandungan pati lain seperti ekstrak ragi dan Panthenol dalam Cecair Pembersih Muka; Allantoin ( sumber tumbuhan ) dan Propolis Cera dalam Penyegar. Dalam Emulsi Pelembap Mikro pula, terdapat kandungan ekstrak Ginseng, ekstrak Arnica dan Vitamin E dalam Emulsi Pelembap Mikro.
[ Keatas ]
Kenapa saya memerlukan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™?
Pencemaran, alergi terhadap bahan solekan, cara pemakanan yang tidak seimbang dan tekanan hidup akan memusnahkan struktur sel kulit kita. Justeru itu, kulit kita akan menjadi sensitif dan ini melemahkan daya pemulihan sel kulit. Berpandukan matlamat untuk membantu anda supaya memperolehi kulit yang sihat, Syarikat DXN menghasilkan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ yang dirumus khas untuk kulit anda. Daya pemulihan sel kulit dapat dicapai semudah langkah 1-2-3.
[ Keatas ]
Adakah Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ sesuai untuk semua jenis kulit?
Ya, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
[ Keatas ]
Bagaimanakah Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ berfungsi?
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ menyingkirkan lapisan sel mati di permukaan kulit dan membersihkan kulit muka. Ia mengekalkan kecerahan, ketegangan dan keanjalan kulit anda. Selain itu, ia dapat mengembalikan kelembapan kulit supaya kulit anda kelihatan lebih segar dan bersih.
[ Keatas ]
Siapakah yang memerlukan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™?
Semua orang, terutamanya mereka yang mengidamkan kulit yang lebih menawan dan berseri. Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ dapat menyerlahkan kejelitaan dan keanggunan anda dengan menjadikan kulit anda lebih cerah dan halus.

[ Keatas ]
Apakah caranya untuk memperolehi kulit bersih yang diidamkan melalui penggunaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™?
Anda hanya perlu lengkapkan 3 langkah penjagaan kulit yang mudah setiap pagi dan malam. Sudah pasti anda boleh memiliki kondisi kulit yang bersih.

Langkah 1: Pembersih Cecair Muka
Hanya gunakan sedikit cecair pembersih, letakkan pada tapak tangan yang lembap dan gosokkan sehingga berbuih. Urut pada permukaan muka dan leher anda, seterusnya bilas dengan air bersih.

Langkah 2: Penyegar
Tuangkan penyegar pada pad kapas dan sapukan pada permukaan kulit bahagian muka dan leher, elakkan sapuan di sekeliling kawasan mata.

Langkah 3: Emulsi Pelembap Mikro
Pamkan kuantiti Emulsi Pelembap Mikro yang sesuai ke atas tapak tangan, kemudian sapukan ke bahagian kulit muka dan leher. Urut sehingga emulsi ini diserap ke dalam permukaan kulit.

[ Keatas ]
Adakah Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ diuji ke atas haiwan?
Tidak. Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ tidak diuji ke atas haiwan.

[ Keatas ]
Adakah Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ selamat digunakan?
Ya. Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ dirumus khas daripada ramuan asas botanikal dan dijamin selamat untuk penggunaan. Di samping itu, pelbagai analisis yang teliti telah dijalankan sepanjang pemprosesan produk untuk menjamin keselamatan penggunaan produk.

[ Keatas ]
Saya telah memperolehi kondisi kulit yang diidamkan selepas menggunakan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™. Jadi, perlukah saya terus menggunakannya ?
Ya, sudah tentu. Sebab utama ialah apabila sel kulit menjana sel baru, sel lama akan disingkirkan dari kulit dan mengumpul di atas permukaan kulit, seterusnya menjadi satu lapisan sel mati. Sel-sel mati ini akan menghalang elemen aktif penjagaan kulit daripada meresap ke dalam epidermis kulit dan menjadikan kulit anda kelihatan tidak berseri dan tidak bermaya. Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ dapat menyingkirkan lapisan sel mati ini secara berkesan dan mencegah liang roma kulit daripada tersumbat.

[ Keatas ]
Bolehkah Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi digunakan bersama dengan pembersih cecair, penyegar dan pelembap jenama lain?
Kami mencadangkan supaya anda menggunakan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ secara eksklusif untuk mencapai kesan yang paling optimum.

[ Keatas ]
Adakah nilai pH Cecair Pembersih Muka Ganozhi™ seimbang? Apakah nilai pH Cecair Pembersih Muka Ganozhi™?
Ya, nilai pH Cecair Pembersih Muka Ganozhi™ berada di antara lingkungan 4.5 hingga 6.0 yang sesuai dengan kulit yang sihat.

Kondisi yang paling sesuai ialah simpan di tempat pada suhu bilik dan elakkan daripada pancaran terus cahaya matahari.

[ Keatas ]
Bolehkah saya memakai mekap selepas guna Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™?
Ya. Anda boleh terus memakai mekap selepas melengkapi 3 langkah penjagaan kulit yang mudah itu.
[ Keatas ]

 
 
  Hak Cipta © 1995-2009 DXN Marketing Sdn. Bhd.