| |
Sistem Pembiakan
Fungsi utama sistem pembiakan manusia ialah untuk melahirkan anak, memastikan kehidupan spesis berterusan dan ciri-ciri warisan dapat diturunkan dari generasi ke generasi akan datang. Sistem pembiakan manusia terdiri daripada empat fungsi utama: menghasilkan ovum (perempuan) dan sperma (lelaki); mengangkut dan menampung sel-sel ini; menjaga perkembangan zuriat dan menghasilkan hormon.
Sistem pembiakan lelaki terdiri daripada sepasang testis dan rangkaian duktus pemancutan, semen vesikel, kelenjar prostat dan zakar. Organ-organ sistem pembiakan wanita pula akan menghasilkan dan menampung ovum, mengangkut dan menempatkan sel-sel ini dimana ia akan disenyawakan oleh sperma, mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi perkembangan fetus dan menghasilkan hormon seks perempuan. Sistem pembiakan wanita juga terdiri daripada ovari, tiub fallopia, uterus, faraj, kelenjar tambahan dan organ kelamin luar.
Masalah Sistem Pembiakan
Terdapat pelbagai jenis masalah sistem pembiakan. Beberapa contoh adalah seperti berikut:-
-
Endometriosis
Endometriosis merupakan masalah sistem pembiakan wanita. Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus, iaitu endometrium, didapati tumbuh di luar uterus seperti di tiub fallopia, ovari, atau pada tisu di ruang pelvik. Tisu ini akan menjadi tebal, tanggal dan berdarah setiap bulan mengikut kitaran haid Oleh kerana tidak dapat disingkirkan dari badan, tisu yang tanggal ini akan terperangkap dan m menyebabkan keradangan berlaku ke atas tisu - tisu lain yang berhampiran.
-
Sista Ovari
Sista ovari merupakan pundi yang bukan bersifat kanser dan dipenuhi dengan cecair ataupun bahan separuh pepejal di dalam ovari. Walaupun keadaan ini biasa dan tidak berbahaya, akan tetapi ia boleh mendatangkan masalah sekiranya sista menjadi semakin besar. Sista yang besar akan menghimpit organ-organ lain disekelilingnya dan ia akan mengakibatkan kesakitan abdomen. Di kebanyakan kes, sista akan hilang dengan sendirinya dan tidak memerlukan rawatan.
-
Impoten (lemah tenaga batin)
Impoten merupakan masalah sistem pembiakan lelaki. Ia merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Ia juga dikenali dengan nama Ereksi Disfungsi atau Impoten. Ereksi Disfungsi disebabkan oleh beberapa punca fizikal termasuk pengambilan alkohol yang berlebihan, penyalahgunaan tembakau, kecederaan otak atau saraf tunjang, kegagalan fungsi hati ataupun buah pinggang, penyakit Parkinson's dan strok.
-
Benign Prostatic Hyperlasia (BPH)
BPH berpunca daripada pembesaran kelenjar prostat, dimana biasanya berlaku kepada lelaki yang sudah berumur. Ini akan mengakibatkan leher pundi kencing tersumbat dan menjejaskan pembuangan air kencing. Pencerutan yang ketat ke atas uretra akibat dari pembesaran prostat akan menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikosongkan dengan sempurna. Justeru, pundi kencing ini akan berkembang dan kenaikan tekanan ini akan dipancarkan ke buah pinggang melalui uretra, dan seterusnya merosakkan fungsi buah pinggang.
-
Sexually Transmitted Disease (Penyakit Kelamin)
STD merupakan infeksi yang boleh dijangkiti dari seseorang ke seseorang melalui hubungan seksual. Punca STD adalah bakteria, parasit dan virus. Terdapat lebih dari 20 jenis STD seperti Chlamydia, Gonorrhea, Herpes Simplex dan Syphilis. Kebanyakan STD dijangkiti oleh lelaki dan wanita, akan tetapi dalam kebanyakan kes masalah kesihatan ini memberi kesan yang lebih teruk kepada wanita. Jika seseorang wanita yang mengandung dijangkiti STD, maka ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap bayinya.
Cadangan untuk Sistem Pembiakan yang Sihat
-
Menguruskan tekanan anda dengan bijak
Sistem pembiakan terutamanya sistem pembiakan wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon. Tekanan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menjejaskan sistem pembiakan.
-
Hubungan seks yang selamat
Penggunaan kondom lateks dengan betul dapat membantu mengurangkan risiko dalam menjangkiti ataupun menyebarkan STD.
-
Berhenti merokok
Hentikan tabiat merokok anda kerana kajian menunjukkan bahawa merokok sememangnya berkaitan dengan Ereksi Disfungsi.
-
Mengawal pengambilan alkohol
Minum minuman alkohol secara sederhana. Pengambilan alkohol yang berlebihan juga menjadi salah satu punca Ereksi Disfungsi.
-
Mengamalkan diet yang sihat
Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan segar dengan banyak setiap hari. Mengawal pengambilan daging dan ayam itik ternakan kerana sisa antibiotik ataupun hormon sintetik yang disuntik bagi mempercepatkan pertumbuhan ternakan tersebut akan menjejaskan keseimbangan hormon di dalam badan kita.
Saranan Kami
Pengambilan makanan kesihatan tambahan seperti di bawah dapat membantu memelihara kesihatan sistem pembiakan wanita :-
Pengambilan makanan kesihatan tambahan seperti di bawah dapat membantu memelihara kesihatan sistem pembiakan lelaki:-
|