Rabu, 23 April 2014
  Utama  |   Korporat   |  Produk   |   Info Kesihatan   |  Pasaran   |  Berita & Kegiatan   |  Peluang Pekerjaan  |    Webmail    |  Hubungi Kami
   
Produk
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 
   
  Penyelesaian Masalah Kesihatan
 

 

Index
Sistem Pembiakan
Sistem Pernafasan
Sistem Penghadaman
Sistem Imun
"Fitness Solution"


 
Digestive System
 


Sistem Penghadaman


"Anda adalah apa yang anda makan". Makanan yang kita makan setiap hari menjana tenaga untuk kita melakukan aktiviti harian dan ia juga membantu untuk memperbaiki tisu dan organ kita yang lemah. Walaubagaimanapun, makanan yang kita ambil harus diuraikan kepada molekul-molekul kecil agar ia dapat digunakan oleh badan kita.

Proses penghadaman ialah proses di mana makanan yang kita makan menjadi bentuk yang boleh diserap oleh badan kita. Organ-organ yang terlibat dalam proses penghadaman ini adalah mulut, esofagus, usus besar, usus kecil, pundi hempedu, pankreas dan hati. Penghadaman termasuk proses mekanikal iaitu mengunyah dan mengisar makanan dengan menggunakan gigi dan tindakbalas kimia oleh enzim, asid gastrik dan asid hempedu.

Masalah Sistem Penghadaman

Terdapat pelbagai masalah sistem penghadaman. Contohnya seperti di bawah:
  1. Ulser Perut

    Ulser perut merupakan satu keadaan di mana selaput dalaman perut mengalami luka. Luka tersebut merupakan kerosakan yang terhasil daripada asid hidroklorik dan pepsin. Faktor lain yang menyebabkan ulser perut adalah seperti jangkitan bakteria Helicobacter Pylori, merokok, pengambilan alkohol yang tidak terkawal, tekanan emosi dan pengambilan ubat antiinflamasi (Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs).

  2. Intoleransi Laktosa

    Intoleransi laktosa akan berlaku apabila badan kita mengalami kekurangan enzim dipanggil sebagai laktase. Enzim laktase ini dirembeskan dalam usus kecil kita dan ia berperanan memisahkan laktosa mejadi gula ringkas supaya ia senang diserap oleh usus kecil kita. Laktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam produk tenusu. Gejala biasa yang akan berlaku dalam masa 30 minit ke 2 jam seterusnya selepas pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi laktosa adalah rasa mual, rasa muntah, kekejangan otot, rasa kembung perut dan cirit-birit.

  3. Irritable Bowel Syndrome (IBS)

    IBS adalah gejala usus yang merupakan kesakitan abdomen berterusan dengan rasa kembungan perut, sembelit atau cirit-birit yang berterusan selama bertahun - tahun tanpa menyebabkan sebarang kemudaratan yang kekal pada usus. Kolon pesakit IBS adalah lebih sensitif dan reaktif, dimana tindak balas yang mendalam dialami walaupun menghadapi rangsangan yang ringan sahaja. Tekanan emosi dan kerisauan juga dikatakan sebagai punca utama IBS.

  4. Kanser Kolon

    Kanser kolon merupakan tumbesaran kolon yang mana boleh dikesan di bahagian bawah sistem penghadaman. Kebanyakan kes kanser kolon bermula dari sekelompok sel-sel yang kecil and bukan berunsur kanser dipanggil sebagai adenomatous polyps. Dalam jangka masa yang panjang sesetengah polyps akan menjadi kanser kolon. Simptom kanser kolon adalah seperti perubahan tabiat membuang air besar, pendarahan semasa membuang air besar, ketidakselesaan perut yang umum (kembung, penuh dan/atau kekejangan), perut berasa tidak kosong sepenuhnya, dan penurunan berat badan yang tiada sebab ternyata.

Kaedah untuk Sistem Penghadaman yang Sihat

  • Serat

    Meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Mendapatkan serat yang secukupnya dapat membantu memperbaiki keadaan seperti sembelit, buasir dan mengurangkan risiko kanser kolon.

  • Mengawal Pengambilan Alkohol

    Pengambilan alkohol dalam jangka masa lama akan mengakibatkan kerosakan pada saluran penghadaman. Ia merupakan punca utama untuk penyakit seperti gasterik, ulser, sirosis dan kerosakan hati.

  • Mengawal Pengambilan Minuman Berkarbonat

    Minuman berkarbonat akan menambahkan gas berlebihan dalam sistem penghadaman kita. Ia juga akan mewujudkan rasa kembung di bahagian atas saluran penghadaman dan rasa kurang selesa di bahagian abdomen. Air suam dan jus buah-buahan merupakan pilihan gantian terbaik.

  • Makan pada masa yang tepat

    Makan pada masa yang tepat, mengunyah dengan perlahan dan betul sebelum menelan untuk penghadaman yang sihat dan penyerapan nutrisi yang baik.

  • Rehat dan mengawal tekanan anda

    Apabila kita menghadapi tekanan, otot sistem penghadaman kita akan menjadi lemah. Enzim penghadaman tidak dapat dirembeskan secukupnya dan kadar makanan yang melalui saluran penghadaman akan menjadi perlahan di mana akan mengakibatkan sembelit, pedih hati dan senak.

Saranan kita

Selain amalan pengambilan nutrisi yang seimbang, anda juga boleh mengambil makanan tambahan kerana ia dapat membantu menguatkan sistem penghadaman anda. Hindari tabiat yang tidak sihat seperti pengambilan alkohol dan merokok. Makanan tambahan yang dicadangkan untuk enzim dan serat adalah seperti berikut:

 
  Hak Cipta © 1995-2009 DXN Marketing Sdn. Bhd.