Selasa, 21 Oktober 2014
  Utama  |   Korporat   |  Produk   |   Info Kesihatan   |  Pasaran   |  Berita & Kegiatan   |  Peluang Pekerjaan  |    Webmail    |  Hubungi Kami
   
Produk
 
 
 
 

 

 

 
 
Produk FAQ
Index
FAQ Kopi Putih Zhino DXN
FAQ Teh Latte Lingzhi DXN
FAQ Vegi Cleen DXN
FAQ Serbuk Minuman Kolagen Cobeauté DXN
FAQ Zhi Cafe Klasik
FAQ Bijirin Cordyceps DXN
FAQ Rangkaian Produk Ganozhi E DXN
FAQ Penjagaan Kulit
FAQ AquazeonTM
FAQ Bee Pollen
FAQ MycoVeggie
FAQ Monascus
FAQ Rawatan Bahan Api Diesel Q-Pro DXN
FAQ Black Cumin
FAQ Jambu Batu Merah DXN
DXN Fruzim FAQ
FAQ Rangkaian Penjagaan Aloe.V DXN

Soal-soalan:
Apakah itu Spirulina?
Apakah kandungan Spirulina?
Apakah perbezaan di antara Spirulina dan Chlorella?
Adakah Spirulina sejenis rumpair yang selamat?
Adakah Spirulina merupakan salah satu makanan yang paling produktif di dunia?
Bagaimanakah Spirulina memberi faedah kepada badan?
Sejauh manakah Spirulina mudah dicernakan?
Enzim amat penting. Bagaimanakah Spirulina membina sistem enzim dalam badan kita?
Bagaimanakah Spirulina membantu dalam pengurangan berat badan?
Apakah faedah klorofil dalam Spirulina kepada orang ramai?
Bolehkah Spirulina mengimbangkan kesihatan tubuh?
Apakah kelebihan Spirulina DXN berbanding dengan Spirulina liar?
Apakah yang membezakan Spirulina DXN daripada produk pesaing?
Bagaimanakah DXN menjamin kualiti Spirulina?
Dalam bentuk apakah Spirulina DXN dijual di pasaran?
Siapakah yang harus mengambil Spirulina DXN?
Adakah Spirulina DXN sesuai untuk wanita yang hamil?
Adakah Spirulina DXN Halal?
Adakah Spirulina DXN sesuai untuk vegetarian atau pemakan sayuran?
Adakah Spirulina DXN mengakibatkan ketagihan?
Adakah terdapat had bagi pengambilan tablet atau serbuk Spirulina DXN?
Bolehkah saya mengambil Spirulina DXN jika saya sedang mengambil ubat daripada doktor?
Saya telah mengambil Spirulina DXN untuk suatu jangka waktu. Adakah ia akan memberi apa-apa kesan buruk jika saya menghentikan pengambilan?
Adakah pengambilan Spirulina DXN menyebabkan kesan sampingan ?
Adakah Spirulina DXN akan hilang keberkesanannya jika saya mengambilnya dalam jangka masa panjang?
Bilakah masa yang terbaik untuk mengambil Spirulina DXN?
Bagaimanakah cara mengambil serbuk Spirulina DXN?
Adakah serbuk Spirulina DXN mempunyai faedah kesihatan yang sama seperti tablet?
Apa itu Spirulina?
Spirulina ialah sejenis rumpair berwarna biru kehijauan yang mendapat namanya daripada bentuknya yang berpilin. Ia mempunyai kandungan nutrien yang amat luar biasa, yang tidak pernah dilihat pada mana-mana jenis makanan, tumbuhan, bijirin atau herba.
[ keatas ]
Apakah kandungan Spirulina?
Spirulina mempunyai kandungan protein yang tinggi – lebih 60% daripadanya ialah protein sayuran mudah dicerna. Ia juga mengandungi 'fitonutrien' seperti phycocyanin, polisakarida dan sulfolipid yang mungkin berupaya untuk mengurangkan risiko jangkitan. Ia kaya dengan karotenoid semulajadi, iaitu sejenis anti pengoksidaan yang dapat mempertingkatkan kesihatan. Ia mengandungi klorofil yang membantu badan kita menjalankan penyahtoksikan. Ia juga mengandungi zat besi, zat galian dan asid lemak penting yang jarang didapati.
[ keatas ]
Apakah perbezaan di antara Spirulina dan Chlorella?
Chlorella, sejenis rumpair berwarna hijau, merupakan makanan yang berkhasiat. Dinding sel Chlorella diperbuat daripada selulosa (tidak dapat dicerna), sama seperti binaan pada rumput. Manakala, dinding sel Spirulina diperbuat daripada protein dan karbohidrat kompleks. Chlorella mengandungi lemak tepu dan jumlah kandungan lemaknya adalah lebih tinggi.
[ keatas ]
Adakah Spirulina sejenis rumpair yang selamat?
Spirulina amat unik dalam kumpulan rumpair biru kehijauan kerana ia mempunyai sejarah penggunaannya secara selamat sejak dahulu kala lagi. Kaum Aztek di Mexico telah mengambil Spirulina sejak lima abad dahulu. Pada masa kini, suku kaum asli di Afrika mengambil Spirulina yang tumbuh di tasik-tasik di Afrika. Selama 20 tahun ini, berjuta-juta orang telah mengambilnya sebagai makananan tambahan yang selamat. Tambahan pula, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan Spirulina sebagai makanan yang selamat dan berkhasiat untuk kanak-kanak.
[ keatas ]
Adakah Spirulina merupakan salah satu makanan yang paling produktif di dunia?
Spirulina menawarkan lebih nutrien berbanding dengan makanan lain. Spirulina membekalkan protein sebanyak 20 kali ganda lebih daripada kacang soya dan 200 kali ganda lebih daripada daging lembu. Dengan pemeliharaan Spirulina, kita dapat membantu untuk menghentikan pemusnahan hutan bagi menjadikan kawasan penanaman makanan. Secara tidak langsung, dengan pengambilan Spirulina juga kita dapat menyumbang dalam pemulihan kesihatan planet kita ini.
[ keatas ]
Bagaimanakah Spirulina memberi faedah kepada badan?
Spirulina mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Kekurangan dalam salah satu nutrien ini akan menjejaskan fungsi badan.

[ keatas ]
Adakah terdapat bukti-bukti sains yang menunjukkan kesemua kebaikan Spirulina ini?
Ada. Para ahli sains di seluruh dunia – Jepun, Cina, India, Eropah, Rusia dan Amerika Syarikat telah menemui kepentingan Spirulina, bagaimana dan mengapa Spirulina menjadi amat berkesan untuk kesihatan manusia dan haiwan. Beratus-ratus kajian sains menunjukkan bagaimana Spirulina dan 'phytonutrient' dapat meningkatkan kesihatan.

[ keatas ]
Sejauh manakah Spirulina mudah dicernakan?
Spirulina mempunyai dinding sel yang terbentuk daripada jaringan protein, polisakarida dan enzim yang mudah larut di dalam badan. Ini amat penting untuk mereka yang mengalami masalah pencernaan dan untuk warga tua yang pemakanannya terkawal.

[ keatas ]
Enzim amat penting. Bagaimanakah Spirulina membina sistem enzim dalam badan kita?
Enzim dalam badan kita berfungsi untuk mencernakan makanan, memperbaiki DNA kita serta membekalkan tenaga kepada sistem badan kita. Spirulina yang telah dikeringkan, masih mengandungi enzim semulajadi. Lebih penting lagi, Spirulina mempunyai blok binaan seperti zat galian, fitonutrien, anti pengoksidaan serta polisakarida yang dapat merangsangkan sistem enzim badan kita untuk menjalankan pelbagai fungsi mereka.

[ keatas ]
Bagaimanakah Spirulina membantu dalam pengurangan berat badan?
Asid amino yang terkandung di dalam Spirulina dapat membantu menahan rasa lapar dan meningkatkan metabolisma tubuh. Bersama dengan nutrien lain, Spirulina juga dapat membantu dalam pengawalan nafsu makan secara semulajadi dan seterusnya membenarkan pengurangan berat badan secara sihat.
Klorofil dalam Spirulina membantu untuk membersihkan usus besar dengan menyah-toksinkan usus besar dan usus kecil. Tambahan pula, klorofil membantu dalam pelindungan lapisan perut yang meradang dan ini dapat melegakan gejala ulser perut dan menghalang daripada kejadian ulser. Ia juga merupakan sumber makanan untuk bakteria baik dalam usus, terutamanya Lactobacillus dan Bifidus. Dengan mengekalkan populasi bakteria pada tahap yang sihat, Spirulina dapat mengurangkan masalah sistem penghadaman dan sembelit yang disebabkan oleh patogen seperti E.coli dan Candida.

[ keatas ]
Bolehkah Spirulina mengimbangkan kesihatan tubuh?
Spirulina merupakan salah satu makanan beralkali yang berupaya mengubah keadaan badan menjadi beralkali dan sihat. Ia merupakan pengimbang bagi diet makanan berasid seperti gula, kopi, soda, alkohol atau daging. Sistem yang seimbang akan menguatkan kesihatan dan meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.
[ keatas ]
Apakah kelebihan Spirulina DXN berbanding dengan Spirulina liar?
DXN telah memilih spesies yang terbaik daripada Spirulina liar dan menanamnya secara organik dalam kolam yang bersih. Spirulina DXN mengandungi bahan aktif seumpama di dalam Spirulina liar tetapi keberkesanannya jauh lebih stabil dan selamat.
[ keatas ]
Apakah yang membezakan Spirulina DXN daripada produk pesaing?
a)Pemilihan spesies Spirulina DXN yang berkualiti terbaik
b)Dipelihara secara organik di dalam kolam yang bersih
c)Kawalan kualiti secara menyeluruh dari penanaman sehingga produk siap
d)Diperbuat oleh kilang yang disahkan mematuhi Amalan Perkilangan Baik (GMP) serta dilengkapi dengan makmal dan peralatan yang eksklusif serta canggih.
e)Penggunaan teknologi pemprosesan yang canggih mengekalkan kandungan nutrien
f)Tidak mengandungi aditif dan bahan pengawet kimia.
g)100% produk dari tumbuhan
h)Ditanggung halal
i)Mudah dicerna dan diserap oleh tubuh
j)Sesuai diambil oleh semua golongan untuk jangka masa panjang
k)Mudah untuk dimakan
[ keatas ]
Bagaimanakah DXN menjamin kualiti Spirulina?
Spirulina DXN diproses secara khas dalam bentuk tablet atau serbuk dan dibungkus secara terus ke dalam botol atau beg. Setiap hari, pekerja teknikal di ladang akan menjalankan ujian kualiti ke atasnya daripada peringkat makmal sehingga peringkat produk akhir. Dengan cara ini, kami dapat menjamin kualiti, keaslian dan keberkesanan produk ini terhadap pengguna.
[ keatas ]
Dalam bentuk apakah Spirulina DXN dijual di pasaran?
DXN menyediakan Spirulina dalam bentuk tablet dan serbuk.
[ keatas ]
Siapakah yang harus mengambil Spirulina DXN?
Spirulina DXN amat sesuai untuk semua orang pada semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak.
[ keatas ]
Adakah Spirulina DXN sesuai untuk wanita yang hamil?
Spirulina DXN ialah produk yang selamat untuk dimakan oleh semua orang termasuk wanita yang hamil. Bagaimanapun, wanita yang hamil boleh mendapatkan khidmat nasihat doktor mereka sebelum mengambil Spirulina DXN.
[ keatas ]
Adakah Spirulina DXN Halal?
Ya. Spirulina DXN adalah ditanggung halal dan diiktiraf oleh Jabatan Agama dan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
[ keatas ]
Adakah Spirulina DXN sesuai untuk vegetarian atau pemakan sayuran?
Ya. Spirulina DXN ditanam secara organik dan tidak menggunakan sebarang baja daripada haiwan. Oleh itu, ia adalah amat sesuai sebagai makanan tambahan kepada vegetarian atau pemakan sayuran.
[ keatas ]
Adakah Spirulina DXN mengakibatkan ketagihan?
Tidak. Spirulina DXN ialah hanya mengandungi nutrien. Spirulina DXN merupakan makanan yang diperlukan oleh badan. Ia adalah sama seperti mengambil sayuran dan buah-buahan. Seseorang tidak akan ketagih kepada Spirulina DXN selepas mengambilnya.
[ keatas ]
Adakah terdapat had bagi pengambilan tablet atau serbuk Spirulina DXN?
Tiada. Orang yang sihat adalah disyorkan mengambil sebanyak 6 biji atau 1 beg sehari untuk mengekalkan kesihatan. Spirulina DXN juga selamat untuk dimakan bersama produk yang lain.
[ keatas ]
Bolehkah saya mengambil Spirulina DXN jika saya sedang mengambil ubat daripada doktor?
Pengguna yang sedang mengambil ubat daripada doktor boleh mengambil Spirulina DXN seperti biasa.
[ keatas ]
Saya telah mengambil Spirulina DXN untuk suatu jangka waktu. Adakah ia akan memberi apa-apa kesan buruk jika saya menghentikan pengambilan?
Tidak. Spirulina DXN membekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan. Jika anda berhenti mengambil produk ini, tidak akan ada kesan buruknya tetapi ia akan mengurangkan bekalan nutrien yang diperlukan oleh badan.
[ keatas ]
Adakah pengambilan Spirulina DXN menyebabkan kesan sampingan ?
Tidak. Spirulina DXN adalah produk yang natural. Ia bebas daripada bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan, racun serangga dan bahan sintetik. Ia adalah tonik yang baik dan sesuai untuk dimakan dalam jangka masa panjang pada semua musim oleh semua peringkat umur tanpa mengakibatkan sebarang kesan sampingan atau kesan buruk.
[ keatas ]
Adakah Spirulina DXN akan hilang keberkesanannya jika saya mengambilnya dalam jangka masa panjang?
Tidak. Berbeza daripada bahan sintetik yang selalunya digunakan di dalam ubat dan produk lain, Spirulina DXN tidak akan hilang keberkesanannya jika dimakan dalam jangka masa panjang. Spirulina DXN mempunyai nutrien semulajadi yang diperlukan dan mudah diserap oleh badan.
[ keatas ]
Bilakah masa yang terbaik untuk mengambil Spirulina DXN?
Spirulina DXN boleh diambil pada bila-bila masa, sebelum atau selepas makan.
[ keatas ]
Bagaimanakah cara mengambil serbuk Spirulina DXN?
Serbuk Spirulina DXN amat mudah dimakan. Ia boleh dimakan secara terus, dicampur dengan air atau dicampurkan ke dalam sup, bubur atau minuman.
[ keatas ]
Adakah serbuk Spirulina DXN mempunyai faedah kesihatan yang sama seperti tablet?
Ya. Kedua-dua bentuk serbuk dan tablet memberi faedah kesihatan yang sama kepada anda. Bentuk serbuk membenarkan kuantiti pengambilan yang lebih fleksibel pada bila-bila masa. Serbuk Spirulina dapat memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat menelan tablet serta kanak-kanak atau bayi untuk menikmati Spirulina DXN. Selain daripada itu, ia juga boleh dimakan dengan pelbagai cara. Ia boleh ditambah ke dalam air, minuman atau sup. Bagi yang berbentuk tablet pula, ia memudahkan pengambilan – ia tidak perlu disukat dan mudah dibawa ke mana-mana.
[ keatas ]

 
 
  Hak Cipta © 1995-2009 DXN Marketing Sdn. Bhd.